Showing posts with label tahun 4. Show all posts
Showing posts with label tahun 4. Show all posts

Wednesday, May 6, 2009

::Sumpah aku tak sanggup repeat mana2 sem::

Alhamdulillah.Siang tadi berjaya mengharungi liku-liku akhir sebagai seorang pelajar tahun akhir lulusan UTeM ini.Seakan tidak percaya pada diri sendiri bahawa diri ini akan bergelar Jurutera juga akhirnya.Maka,dengan ini,aku umumkan,kepada mana-mana ibunda kepada anak dara sunti diluar sana,pastikan dara sunti ya,dara terlajak (bukan tidak dilayan,tapi belakang sikit,hehe) anda semua bersedia untuk dipinang aku.Siapa yang mahu bermenantukan seorang bakal graduan UTeM yang pakar dalam hal-dhal teknikal,ha,,anda tidak silap.Saya lah orang yang sesuai dengan anak Mak Cik Semah tu.haha

Entah apa yang dingomelkan oleh aku saat perbentangan petang tadi pon tidak tahu.Yang aku pasti,panel berpuas hati dengan hasil kerja 12 bulan aku itu.Lihat saja entry di atas,kagum bukan?Kalau kalian tidak kagum,tidak mengapa.Hanya jauhari yang mengenal manikam.Diharapkan aku mendapat berkat dan kejayaan lebih baik di hujung2 sem ini.Kalian doakan juga tahu.

Yang pasti,tiada aksi panel berwatakkan seperti harimau yang kelaparan pon.Itu sudah cukup.

Arghh..Tiba-tiba perasaan hiba menjengah tiba melanda diri ini.mana boleh.Sebagai lelaki yang paling macho dalam UTeM (hahaha) ni,mana bleh menitiskan air mata bukan?Banyak perkara akan dirindui selepas ini.Aku mahu rekodkan satu persatu sebagai tanda aku cintakan alam pendidikan.

Aku pasti merindui sahabat nanti.Rakan perosak bangsa,rakan pendingin suasana,rakan pembakar semangat waja,rakan main bola,rakan bermain futsal,rakan ke pasar malam,rakan Blogger,rakan rakin?ade ke?,rakan sepertidoran,rakan semaple'an,rakan corp,perghhh..awek jual cekodok pisang di hujung taman perumahan ini pasti akan merindui aku.Tak mengapa dik,habiskan SPM dulu,kalau tak lepas,teruskan menjual cekdok pisang.Boleh berjaya juga,bukan??cewah..

Aku ingat mahu membuat entry pasal Kampus Induk UTeM.Tetapi lain kali lah ya.Ada urusan sedikit.Sehingga kini,selamat tinggal Dunia semua..hehe

p/s:Budak kos aku akan buat dinner Gala Nite Khamis nanti.Tema dinner adalah "Bohsia Bohjan Melaram di Hotel Blink-Blink".Aku yakin,pasti akan ada tranformasi yang ketara di antara rakan-rakan nanti.Pasti ada yang mengalahkan artis Malaysia melaram nak pergi Anugerah ABPPH di Genting Highland.Tunggu dan lihat sahaja.

Wednesday, April 15, 2009

::Aku bakal menamatkan fasa satu::

Aiyak semua orang.Sila salam tangan rakan anda masing-masing.Besedia untuk mengembara ke alam angker.Haha..Entri ini aku tujukan khas untuk rakan-rakan yang sedang berhempas pulun nak habis kan degree di utEm.Atas permintaan orang-orang tertentu,semoga kalian terhibur hendaknya.
Pernah dengar nama UTeM??Nama asal tempat pengajian aku sekarang adalah KUTKM.Gemilang,terbilang dan cemerlang.KUTKM tidak ada sebarang bunyi seperti KUSTEM,KUITHO mahu pun KUKTEM.Jadi,jangan ada sebarang percubaan untuk membunyikan KUTKM dengan KUTIKAM..huh..Rakan2 BMCS,masih kalian ingat bernyanyi melalak dekat dewan seri Negeri MHS dahulu?Wan enang aku tahu sangat.Memang hbi anda berkaroke bukan??Ringan je tangan aku ni tahu..haha.(minta maaf dahulu kalau-kalau entri ini terdapat unsur tokok tambah.Semuanya bertujuan untuk menyedapkan cerita)
4 tahun bersama anda semua memang membuatkan kepala aku menjadi sedikit tidak betul.Pelbagai sikap dan peel aku kenal,ada yang best ada yang kureng,tapi apedehal kan.Yang penting berkawan.Aku memang menghormati rang tua,terutama Paknat Sahabat sebilik aku sewaktu Kolej Murni.Jangan marah ar Nat.Hang tetap hensem.Maintain 4 tahun duk sini,muka hang tak berubah.Teliti gambar di atas,sama kan??
Aktiviti belajar di rumah kedai,membuang air di tandas belakang bilik kuliah yang layak setaraf dengan saiz kedai fotostat,peristiwa kantoi tolong sign kan attandence untuk Peli,naik bas UtEm ke kelas dan makan di kedai Ayam percik antara rangkuman sorotan pengalaman yang tercipta,.Sumpah aku taknak makan kat ayam percik lagi kalau aku tahu kedai tu lah menyebabkan nama aku "Mat Ayam" kekal sampai sekarang.huh. Rasid,Peli belajar mana ntah sekarang ni kan?anda tahu??
Budak kos aku ada pasangan kembar seiras.Aku hampir pelik pada awal tahun pengajian untuk membezakan mana satu abang,mana satu adik.Kembar unik sebab sejak sekolah tadika,rendah,menengah sampai lah masuk U sama je.Masuk kolej penginapan pon bilik sama.motor sama,pc sama.Tapi si adik sudah liar sekarang..hehe..sudah berpunya rasanya..haha
Alhamdulillah.Kos aku masih lagi mempunyai penyeri kelas nya.Barisan gadis-gadis yang average hantaran nikahnya adalah dalam lingkungan rm10K ke atas mungkin wujud di kelas aku.Ini fakta atau auta?Aku tidak pasti.Tapi,best berkawan dengan diorang ni.Jujur aku katakan,aku serang yang pemalu..hahaa(sila tekup muka anda dengan kedua tapak tangan dan berlari ke dalam bilik sekarang).Tapi bila dah mula merapati dirang,so far so good lah.Memang masuk habis.Superb dan complete set.Hehe..boleh kite kapel??bak kata bang Bil.Aku tidak berani meletakkan gambar diorang waktu dulu dan sekarang.Memang dasat perubahan yang berlaku.tidak elok untuk tontonan umum.Silap2 aku juga boleh di gam.haha
Ya..gambar di atas adalah rumah sewa aku.Messy bukan?Jangan khuatir.Fenomena ini terjadi apabila tiba musim perayaan peperiksaan sahaja.
Final year di UteM kadangkala boleh menjadi satu mimpi ngeri kepada diri aku.Itu baru ambil degree.Macamana lah diorang yang habiskan master kan..huhu.Walauapa pun,UTeM tetap best.10 tahun lagi reunion kita buat di UtEm..Kampus induk nak siap dah tu..
p/s : Cik H,anda dahulu Utemanian jugak kan??kui3

Tuesday, April 14, 2009

::Tag dari Kembo::

Sudah lama tidak menceburkan diri dalam dunia Tag ni kan.Tag haram ini datang nya tulus ikhlas dari Kembo kecik,rakan blogger BMCS gak.Dengan hati yang berkembang-kembang,aku menjawab tag beliau.Hargai ye..

1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama blog itu? iovantgarde's territory.Kenapa?Macam unik sahaja nama itu bagiku.Ye tak??

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
www.fikriworld-alang.via.my dan ia dibuat on the spot ketika blog ini dilahirkan beberapa bulan yang lalu.

3. Apakah method dalam penulisan blog anda?
Method??Menatang apakah ini??Bahasa Ibunda .Jika rajin,sila sebak entry terawal saya,menggunakan medium bahasa Inggeris.Pastu macam tak bleh blah.Macam haram je language aku.Huhu..

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?
Yup..pernah.Terutama bila tengah syok godam coding,error berlambak sana sini.Demmm..Tapi itu dulu.Penulis blog tegar tak kan buang blog mereka bukan?

5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
owh..kembo kecik..Blog lu memang sempoi.Fllowers ramai tu..semua gadish..H0h0..bagi aku sorang,boleh??haha

6. Senaraikan calon yang akan di tag: Anda sudah baca entry ini.Maka wajib jawab Tag ini..huhu..

Sunday, March 15, 2009

::Liga Bola Sepak InterCourse::

Sekali lagi posting berkaitan dengan sukan aku coretkn di sini.Jika kamu berminat untuk membaca dan memberi sokongan,sila terus kan bacaan.Jika tidak,tidak mengapa.Push button play,dan nikmatilah lagu itu.Pembacaan kamu akan lebih menarik jika mendengar dendangan lagu itu.Semangat kesukanan akan berkobar-kobar dalam diri dan membuak-buak harapnya.

Hujung minggu ini,di sebalik kesibukan rakan2 menyiapkan repot PSM mereka,diselitkan juga aktiviti riadah untuk pelajar-pelajar tua senior ini bagi bertujuan untuk merapatkan ikatan silaturahim melalui sukan.Kamu semua tentu pelik bukan.Sejak 2 menjak ini,entry aku banyak berkaitan dengan sukan bola sepak.Ingin ditegaskan di sini,aku memang tidak bagus dalam sukan ini,tapi kalau setakat betindak sebagai pembuat onar di bhgian benteng pihak lawan,aku lepas lah.

Menjadi impian aku untuk bermain bola sepak secara aktif sejak dari kecil lagi.Manakan tidak,kenangan ditolak mentah2 oleh jurulatih bolasepak ketika sekolah menengah dahulu telah membantutkan minat aku aku terus meminati bola sepak ini.Sampai sekarangj,jika bola melintas di hadapan aku,aku akan sumpah seranah dan menendang bla itu agar hilang dari pandangan.Serius kan hati aku yang luka ini?haha..

Hujung minggu ini,perlawanan secara liga telah di atur leh cik Deli bagi membuktikan pasukan dari kos mana yang paling kuat lah kununya.Serius aku katakan,pasukan kos aku memang tak power,tapi boleh lah kalau nak sumbat 2-3 biji gol dalam satu game tu lepas lah.(tlong jangan singkirkan aku dari pasukan ya)..haha

Bebudak Auto,Design,bebudak Aircond ngan bebudak Beam dikehendaki menyediakan pasukan untuk perlawanan ini.Hadiah tidak ditawarkan.Memadai lah dengan anugerah pasukan terbaik yang aku yakin boleh dijadikan bahan untuk membangga diri ketika berborak kosong di Maple Subaidah nanti.

Aksi di atas padang akan direkodkan.Para fotografer yang tidak bertauliah sekalian,pastikan senjata anda berfungsi pada hari kejadian.Ok??Aku sudah letih merepek dan merapu.Jumpa saja di padang nanti.Update akan dilakukan dari semasa ke semasa.Kalau aku rajin..haha

p/s:Motto pasukan BMCS- Menang gaya is better dari menang bergaya.Itukan sopan??

Monday, March 2, 2009

::Review Perlawanan Bola Sepak::

Seperti yang digembar-genburkan sebelum ini,perlawanan bola sepak 11 sebelah melibatkan pasukan dari pelajan tahun 4 UTeM telah berjaya dilangsungkan dengan jaya nya.Seperti yang kelihatan dalam Line up di atas,keptusan memihak kepada pasukan BMCS 2 mengatasi BMCS 1 dengan deposit jaringan 2 gol lebihan.Hahahha..aku gumbira sangat.Akhirnya dapat menutup mulut-mulut pengkritik dan penganalisis sukan Malaysia itu.hehe..
Secara keseluruhannya,perlawanan yang dijalankan adalah seimbang antara kedua-dua belah pihak di mana serangan dihasilkan secara beratali arus tanpa mengenal erti musuh atau sahabat di dalam padang.matlamat untuk menjaringkan sebnayak 20 gol pada separuh masa pertama perlu digapai.tetapi,hanya dapat menghasilkan 4 gol pada separuh masa pertama sahaja.Berpihak kepada pasukan BMCS 2. Pemain BMCS kumpulan 1 kelihatan sangat tertekan ekoran gol2 yang dibolosi adalah akibat tindakan kurang bijak dari barisan pertahanan dan penjaga gol mungkin.Penganugerahan penalti diberikan demi membuktikan ikatan kasih sayang persahabtan yang terjalin di antara mereka,tetapi apkan daya.Dalam bola sepak,kwan boleh menjadi lawan.Gol penalti dijaringkan oleh pemain import BMCS 2 dari Cameroon,Pak Nat Eto'o.
Kedua-dua kapitan bersalaman bagi menunjukkan semangat sepasukanan yang tinggi dan akan mengamalkan sistem permainan yang adil menepati moto dan visi Persatuan Bola Sepak Dunia,FIFA.
Entry ini akan membabitkan ramai gambar.So,kepada penlayar internet yang menggunakan sistem dial up,harap2 lah bersabar ya untuk melihat aksi mereka ini bermain bola di padang besar pula.
Antara muka penghias padang yang telah datang untuk menyaksikan perlawanan persahabtan ini.Sedikit rasa kagum dan bangga dengan gadis2 ini apabila mereka sanggup mengorbankan masa mereka menonton perlawanan yang tidak seberapa ini.Tapi mungkin atas sebab paksaan atau ugutan dari pihak penaja,kehadiran adalah diwajibkan..huhu..
Siapa cakap Rira Rudaini tak boleh tengok bola ketika konflik melanda hubungan rumahtangga mereka?Bukti??nah..Rita rudaini datang untuk memberikan sokongan moral kepada kedua-dua pasukan mungkin.Pemain terasa seperti semangat extra apabila melihat kelibat Rita di luar padang.Hermmm..kalau dikenakan spek mata besar lagi masuk kot kan..hehe..
Himpunan gambar yang tidak seberapa dari kameraman yang tidak bertauliah.Hahaha..Perlawanan yang mengundang seribu pertanyaan kepada mana2 penonton di luar padang terutama adik2 sekolah rendah yang sedang menunggu sifu taekwondo mereka datang..huhu..Untuk apalah perlawanan amal ini di adakan??kelibat pemain berlari2 anak mungkin dapat menggelikan hati adik2 ini.
Aksi di atas ditangkap apabila separuh masa pertama direhatkan.Berbaki 45 minit lagi untuk separuh masa kedua.Untuk rakan2 pembaca wanita,bola sepak memang dimainkan selama 90 minit tahu.Usah ditanya mengapa tidak digenapkan sahaja ke angka 100 minit kerana memang tidak akan ada jawapan untuk soalan tersebut.
Antara muka-muka penjaring gol untuk pasukan pemenang pada hari itu.Aku tidak menjaringkan gol,tetapi sepakan percuma aku telah dijadikan batu loncatan oleh Amir B untuk menjaringkan gol ke -5 pasukan.Kelihatan guru besar sekolah rendah seakan akan kagum dengan teknik sepakan lencong yang telah dipraktikkan oleh aku.Free kick ala-ala Beckham gitu..hahaha..
Pemain tengah kedua-dua pasukan memberikan posse yang istimewa kepada peminat.Seakan rasa tidak puas hati terbit dari hati pemain tengah pasukan ini apabila tidak diberikan perhatian atas sumbangan beliau dek kerana tiada sebarang gol dihasilkan.Peluang untuk menjaringkan gol dari sepakan percuma pula gagal dimanfaatkan oleh barisan penyerang..
Secara kesimpulanya,perlawanan amal ini telah berjaya mencapai sasaran dan objektif permainan.Tiada tumbuk-menumbuk berlaku.keadaan masih lagi terkawal.Selepas perlawanan,pemain kelihatan begitu akrab sehinggakan ada si antara mereka yang ingin bertuka2 jersi sesama mereka seperti mengikut aksi Ronaldo ingin bertukar baju dengan Roman Pavylchenko di EPL..haha..ade ke??
Senarai pendek kronologi dari perlawanan ini adalah seprti berikut:
  • Penjaring gol:Amir B (1),Pak Nat Eto'o (2), Apis (1),Naimael (2)
  • Pihak lawan : Apih Awang (2),AB(1), Mat Amin(1)
  • Kapitan perlawanan: Solah dan Apih Awang
  • Best keeper: Goreng (sepatutnya Hamzah,tapi lewat datang)
  • Best Striker: Alang,Pak Nat
  • Best Defender: Amir B
  • Player of the Match::Amer B!!!
"Saya berasa terharu dengan anugerah permainan terhebat dalam perlawanan ini.Tanpa sokongan dan galakan dari Illy,peminat, saya tidak akan dapat bermain seperti seadanya seperti hari ini.Pok jak memang antara defender yang kental,tapi saya berjaya mengatasi beliau.Alang,,free kick ko memang superb!!Terima kasih semua",Amir B,pemain pertahanan.
"Saya tidak memikirkan apa ketika berlari untuk mendapatkan bola dari pertahanan lawan,Lokos.Apa yang berada di dalam fikiran saya adalah,saya perlu menjaringkan gol untuk membuktikan saya pemain yang terbaik di BMCS ini.Rasa puas juga apabila dapat membuat akrobatik di hadapan gadis2.Sue,saya terrer kan??"Paknat,penyerang BMCS2.

Saturday, February 28, 2009

::MPL-Game of the week::


The most,hot and spicy game this week.We better name it as the clash of the titans.A very first time for all BMCS students to enjoy their weekend by handling a football friendly match.

Special appearance by Samuel Eto'o and Thiery Henry,exclusively brought to you by ESPN Super Sport.



Be prepared to rawk the field!!


Footnote:Beterabur tak English aku ni?huhu..macama mahu kerja ni..

Saturday, February 14, 2009

::Air Panas Gadek dan Kelucahan Melampau::

Tajuk entri sudah agak lucah bukan?Tapi,teruskan membaca kerana entri ini agak sesuai untuk semua golongan.Termasuk untuk mereka yang masih bersekolah rendah mahu pon mereka yang menolak kekerasan dan kekejaman terhadap wanita.. Sebenarnya,aktiviti malam minggu perlu diisi dengan begitu bermakna oleh mereka yang bergelar mahasiswa tahun akhir.4tahun menuntut di Melaka ini,tidak sah kalau tidak mengeksplorasi semua tempat khazanah di Melaka.Takkan pernah cukup aku rasa.Kalau dibukukan sejarah aktiviti 4 tahun belajar di Melaka,boleh ngetop dan laris di pasaran mungkin. Terus ke tujuan asal entri ini ditulis.Tatkala perut kekenyangan dan menghembus asap rokok seharum kasturi, shit program perlu diatur bagi mengelakkan kebosanan.Maka terkeluar lah dari mulut seorang rakan,berasal dari Kelantan menguatarakan cadangan untuk memanaskan badan di kala dinihari.Memasak diri dalam kolam air panas semulajadi dari tanah,terbaik dari ladang aku cakap..Perancangan perlu dilaksanakan,keputusan dibuat.Aktiviti menyundal murni ini disertai geng konvoi 3 buah kereta,minyak payung,tiada kutipan tol mahu pon kutipan wang ihsan pemandu.huh..Air Panas Gadek,tunggu....hausssss(ala2 cerita 300).
Sedikit trivia mengenai Air Panas Gadek ini:
  • Kos nak masuk ke dalam adalah rm 2 untuk kanak-kanak,Jika anda mengaku umur anda 20tahun,tetapi memohon untuk yuran kanak2,sila berhati-hati.Berkemungkinan boleh dapat rate macam tu,tapi kena tanggung risiko dijirus dengan air panas menggelegak di bahagian salur peranakan lah nanti..sakit wo0..
  • Untuk dewasa,Rm4 sudah memadai.
  • Kolam air panas ini adalah secara semulajadi. panasnya.Tiada sebarang unsur boiler digunakan bagi menghasilkan air panas yang bersuhu hampir kepada ? celcius ini.
  • Pastikan anda mencuba kesemua kolam yang terdapat disini.Adalah malang sekali jika anda membayar Rm4 tetapi sekadar mencecahkan kaki separas bawah sikit dari paras buku lali.Bagaimana cagu di kaki itu mahu hilang nanti?
  • Berehatlah sambil membayangkan anda sedang menghadiri kursus terapi sambil diurut oleh gadis2 litar..hahah..superb beb!!
  • Tidak digalakkan untuk berendam secara berterusan selama 4 jam tanpa henti di dalam kolam itu.Memadai beremdam selama 20 minit untuk satu2 sessi.Selang selikan dengan senaman ringan seperti memutarkan kepala sebanyak 40 darjah ke,goyang pinggul ke ataupon berlari2 anak setempat.Kemudian,sambung balik berendam.
  • Cukup.Mahu lebih,alami sendiri.
Jam 4pagi,kelihatan hero-hero remaja berposing seperti untuk majalah Mangga bukan?Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas.Mak aku dah pesan,jangan tangkap gambar awal2 pagi.Terdapat sosok2 putih mengkaburi sebilangan besar foto di atas.haha..Itu hanya gurauan.Sosok putih yang baekkk punya dinikmati bersama..kih2..hermmm..Lucah kah foto ini ya?Anda menilai.
Aku dengan rasa takzimnya,mencalonkan member aku sorang ni,yang mempunyai jiwa kental,semngat juang yang tinggi,hampir menyamai semngat juang Ong Bak 2,layak menerima Anugerah Lelaki Maskulin 2009.Bukan Anugerah Lelaki berkulit tebal ye.Anda layak bertanding untuk Hero Remaja atas tiket bernai menyembamkan muka dalam air panas tanpa ada rasa segan silu.Nak bergambar punya pasal,suhu air yang hampir boleh menyebabkan telur ayam menjadi separuh masak pon anda redah..Hang memnag stylo Wan!!sila beri tepukan ye sambil anda meneruskan bacaan entri ini.
Suka untuk diingtakan,bahawa ini bukan Party Gay ye.Semua nya lelaki sejati yang boleh diberi kepercayaan untuk menjadi ketua keluarga kelak.kih3..Layanzz..Badan diselimuti dengan haba yang extravaganza,suhu air telah berjaya membuatkan lenguh kaki,sendi di tulang pelvis,rasa ngilu di bahagian trakea dan kaki rasa bebrat sebelum ini hilang hampir 80% rasanya.sangat mujarab untuk menbhilangkan rasa sengal2 sendi dan otot.Untuk penghidap selsema ,selsema anda tidak akan hilang ,tapi boleh kurang rasanya.
Lihat,asap mengganas.Kamera cikai kepunyaan aku tidak mampu untuk mengatasi tahap ketebalan asap tersebut.Tapi,ayukah insan yang betuah di atas??hahaha..atas permintaan ramai tu. Sekian,harap2 dengan entri ini bakal melayakkan aku untuk menerima Anugerah Blog Terjah 2010 dari En Ajib..hahaha. p/s:Tekanan tul N9 kalah ngan Perlis malam ni..

Wednesday, November 19, 2008

::Makan Hangin di Tg Bidara::

Dengan bangganya,entry ini tanpa segan silu akan memaparkan segala macam bentuk dan aksi yang kurang sesuai untuk dipertontonkan kepada tatapan umum terutama bagi kanak-kanak yang masih belum baligh mahu pon sedang untuk mereka yang baru mendapat keputusan UPSR yang kurang memberangsangkan..haha..

Seperti menjadi acara kewajiban untuk mereka yang berada di akhir semester atau pon akhir tahun,acara-acara sebegini akan dianjurkan bagi tujuan merapatkan ukhwah dan silat Cik rahim antara pelajar itu sendiri.Dah 4 tahun belajar sama,masih ada lagi mereka-mereka ini masih lagi macam malu-malu kucing untuk bertegur sapa,bergurau senda,bercanda girang dan bertepuk tampar (ini tidak digalakkan kerana bisa membawa kepada putus sahabat tu).Aktiviti ini diharapkan mencapai objektif utamanya iaitu:

  • Beraksi seperti kanak2 girang walaupon masing2 dah menginjak ke umur 23,24,26 dan 32 tahun (semestinya Razak).
  • Bermatlamat untuk mengerjakan 15ekor ayam yang bukan dipotong dadu,tetapi di potong 8 dengan berbekalkan air oren sebalang.
  • Memaksa Ameenah untuk membuat Mee Goreng sebagai santapan di kala mulut dipenuhi dengan air laut yang masin.
  • Agar Adam Wong (the only chinese+ Fong Yee Siang) untuk join aktiviti budak2 melayu kelasnya tak tak berapa ok dari segi mental,tapi IQ mantap ..haha
Pengumpulan kanak2 riang BMCS di Tg Bidara merupakan destinasi pilihan kedua selepas cadangan Razak dan Azreen untuk menikmati desiran air terjun Sagil tidak dipersetujui Wan Penang dan Amer..kah3..ak men petik je name budak2 ni kan..Nikmati lah sesi photoshoot a.k.a photogediks atau pon photoholic di kalangan kanak2 ini.

~anak dara BMCS yang separa matured ketika ini~

Dengan mengenakan pakaian yang sopan,dan tidak memberangsangkan mana2 jejaka BMCS yang lain,gadis-gadis ini melakukan aktiviti sesama mereka tanpa perasaan segan dan silu.Maybe ade perasaan segan silu itu jika berada di depan rakan2 lelaki mereka,Maklumlah,mereka ini perempuan.Market perlu dijaga.haha..Tapi,akibat keghairahan tidak dapat dibendung lagi,aksi sebenar mereka-mereka ini kelihatan dari jauh.Mak cik yang menjaga parking pon menggeleng2kan kepala apabila mereka melakukan aksi di luar batasan dan norma kehidupan manusia biasa.

~Lompat bintang ke lompat kijang ni??~

Dimana aksi teruna-teruna (selain Razak) BMCS ni?Ya,,panggilan Pulau Sebensah (wujudkah nama pulau ini) telah menguasai nafsu nereka.Ekoran jarak rumah sewa yang jauh dari kewujudan laut telah mengakibatkan mereka semua memilih untuk berkemban ala2 gadis Mexico yang kelihatan di persisir pantai untuk terjun ke dalam laut.Panas mentari tidak dihiraukan lagi,yang penting puas dari segi untuk menghumban rakan2 yang cuba membuat onar dengan kaum Hawa,yang gatal2 datang pantai tapi taknak mandi,yang datang pantai tapi tak bawak seluar atau pon baju spare,,semua bakal jadi mangsa buangan dan humbanan budak-budak laki yang sasa.

~Lelaki terhangat di pasaran~

~Kaget di depan kamera membuatkan masing beraksi malu2 kucing,,cet~

Hidangan?Ok lah~~~harap2 tak terbuang segala-galanya bila otw pulang nanti.Ayam BBQ separa masak,Hot Dog (hanjing panas) yang dipanggang pada tahap maksimum,Kentang putar,Coeslaw,Sayur Campur( hidangan ini merupakan hidangan KFC,maka tiada di BBQ semalam)..hahah..tapi,enjoy n layan je..Tidak menjadi masalah kepada Ahmad Naim untuk menghabiskan kesemua hidangan tersebut.Credit to Ameenah kerana bertungkus mulus untuk menyiapkan hidangan 38 kanak2 riang ini.Kata Amer" Mee boleh tahan lah,tapi tak sedap pon,tapi dah lapar kan..saye makan je lah kan"..sekali lagi kata2 dipetik dari sumber yang boleh diragui.

Aksi perenang negara yang baru mendaftar sebagai atlit decalthon untuk Iron Man Chalange 2010 di Pulau Kapas,boleh dilihat pada gambar di bawah.Sungguh menyeronokkan bukan??


Secara keseluruhannya,aktiviti ini telah berjaya mengeratkan ikatan Silat Cik Rahim antara BMCSian ini.Tidak ada aksi2 di luar batasan ranjang mata diperlihatkan,melainkan cuma kelihatan beberapa urat kepala dan kaki tersembul ekoran keletihan berenang dan bermain bolasepak pantai.Tahap disiplin pelajar masih di tahap optimum di mana,kesemua sampah dikemaskan,mempunyai sifat kebinatangan yang tinggi iaitu dengan cara memberi para Monyet makan lebihan makanan dan tidak melakukan perbuatan2 yang melampaui batas..sikit2 tu kira lelap mata je lah ek..hahah..See u next time..


p/s:lagi gambar,sila klik SINI.



Pareto: Aku mahu tembak Wan Penang!!

Friday, October 24, 2008

::Gembiranya jadi pelajar tahun 4::

~~Beliau bukan Pelajar Tahun 4,malahan bukan BMCS~~
Satu entri yang agak menarik dari meja penulis untuk dikongsi bersama agar menjadi bahan bualan di meja-meja makan mahu pun di sepanjang perjalanan menuju ke kuliah pada hari-hari mendatang.Huhu..

Tahun 4 di UteM?Apa yang menarik??Kalau dulu,masa tahun 1,awal-awal sem,muka rakan-rakan karib masing-masnig suci dari sebarang penempatan haram jerawat.Badan pun kalau ikutkan masih berada pada paras BMI normal.Bebas dari sebarang unsr-unsur lemak luaran yang mengikbatkan 6pack di badan tidak kelihatan lagi,kurus melidi masing-masing.Cun~~Hensem,,Tampan bergaya (perlukah dihighligt di sini senarai nama-nama pelajar tahun 1 BMCS 2005 yang tampan dan karcak?).Semua kenangan menjadi terindah dalam hidup.Tapi sayang,zaman 2005 dulu,manalah ada kewujudan kamera digital 8.0 megapixel seperti milik penulis ini mampu untuk dimiliki?Kalau ada pun,mungkin harga mencecah riban-riban ringgitan..Sayang2..Kalaulah aku ada kamera digital dulu,aku dah snap dah gambar setiap individu bmcs ni.Bukan niat apa,sekadar ingin dijadikan bahan kutukan apabila keadaan kritikal macam tatkala tahun 4 ini menjengah tiba.Semua bentuk rupa paras dan aktiviti tahun-tahun awal di utem menjadi bahan..hahaha

Yang pelik kepada penulis,tahun 4 gak lah peel masing-masing terselah.Ada yang kasanova (spt R***sid***),yang kaki games macam P***rn,kaki snuk mcm R***sd* dan bermacam-macam lagi..Kepada *Rass**id,ini bukan serangan peribadi,tetapi aku tak tahu nak petik nama siapa lagi..kih3..

Hermm..Paling tidak boleh diterima akal,tahun 4 lah tahun kami bergelar senior Student..Perghh!!Gerun,,Pelajar senior silap-silap lecturer pon gerun nak ajar kan.Tapi tu lah,muka masing-masing tak menggambarkan sifat dan entiti seorang pelajar senior yang semestinya memiliki tubuh badan yang besar (Pok Jak ok kot),ibarat seorang pemain Rugby (Amir ar),memiliki sifat muke yang bengis (Paie aku rasa paling layak) dan kacak (yang ni sume nak kan??).Adik-adik junior (especially perempuan ek) nak minta nombor telefon alih pun akan rasa segan apabila berurusan dengan para pelajar senior..hehehe

Apa pun keadaan fizikal rakan-rakan ku ini,yang pasti mereka memang best.Minta maaf,entry macam lari dari tujuan asal.Aku main taip je apa yang terlintas kat otak beku ni..huhu..Ada masa nanti,akan aku uploadkan gambar-gambar rakan2 ku semasa masih muda mudi dulu.Terpaksalah aku melakukan bedah siasat terhadap PC keluaran Stygyx aku yang ntah macam haram tu balik.Nak cari sebarang fie atau subfolder yang memberikan gambaran sebenar tentang anda semua..

p/s: jemput datang ke rumah aku hari sabtu,25/oktober/2008.Bukan untuk majlis kahwin,tapi open house..Ni pon korang yang paksa ak buat gak kan..huhu

Thursday, October 16, 2008

::UTeM election?::


Sejarah di UTeM berlaku hari ni..election for MPP UteM berlaku akhirnya..Yang begitu menghairankan penulis (yang secara terang-terang merupakan penuntut setia UTeM untuk tahun ke-4 ni),bilakah masa untuk mereka ini semua dihebahkan berkenaan tentang pilihan raya ini?Tiada sebarang unsur2 atau pon sebarang fliers datang bertandang dan singgah ke telinga penulis berkaitan dengan pilihan raya kampus kali ni..Tahu-tahu je dah bertepek-tepek pelbagai poster dan iklan-iklan menyeru mereka yang merasakan pelajar UteM untuk membuang undi mereka..MPP=Majlis Perwakilan Pelajar..ade elaun tak jadi MPP??haha..(kalaulah aku masuk bertanding MPP,porak peranda kot UteM ni) 
  • Adakah anda semua pelajar tahun 4 wahai rakan-rakanku membuang undi anda?
  • Dimanakah anda semua membuang undi anda?
  • Adakah undi anda telah dibuang?
  • Nak simpan undi untuk tahun depan punya pilihanraya pulak ke?
  • Jadilah seperti penulis,menjadi warga UTeM yang bertanggungjawab..hehe

p/s: kat mane eh tempat membuang undi??kompius2..