Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Saturday, May 9, 2009

::Selamat Hari Ibu,Emak::



Selamat Hari ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini am nya dan kepada mak diriku yang berada di Seremban sana,semoga senantiasa berada di bawah lembayung naungan kasih dan limpahan cinta dari Ilahi.

Genap tanggal 22 Febuari 2009 lepas,cukup umur aku berusia 23 tahun di muka bumi ini.Terima kasih kepada mak yang telah bersusah payah mengandungkan diri ini membawa ke hulu dan ke hilir selama 9 bulan 10 hari.Mintak maaf kerana diri ini tidak sabar melihat dunia ini yang memaksa mak melahirkan awal daripada tarikh jangkaan.

Pengalaman mak mengandungkan diri yang seberat 2.75 kg ini berakhir pada jam 5.04pagi tanggal 22 Febuari 1986.Mak bertarung dengan nyawa sendiri bagi memastikan anakmu ini selamat untuk melihat dunia.Dapat dibayangkan titisan manik air mata yang suci mengalir di pipi tatakala melihat diri ini menangis kerana takut dan gelisah melihat dunia yang tersangat asing untuk diri ini.tatkala itu,mak mendakap diri ini lalu memberikan ciuman yang pertama sebagai tanda mensyukuri kehadiran cahaya mata ketiga mak ini.

Kini,umur anak mak ini menjangkau 23 tahun.Menanti masa untuk membalas segala jasa yang telah mak curahkan.Segala perit jerih yang telah mak laburkan.segala pahit maung yang telah mak lalui selama membesarkan diri ini.


Terfikir di minda ini.apakah diri ini mampu untuk menerima takdir jika Ilahi memanggil mak menghadap diriNya dahulu sebelum waktunya.Diri ini belum puas untuk merasai bahagia dengan segala kasih sayang yang diberikan.Apakah diri ini mampu untuk mengimbau segala kenagan yang telah dilalui bersama selama mak di muka bumi ini?Takut memikirkan bagaimana jika pada suatu hari nanti menerima berita ynag kurang menyenangkan,perkhabaran berita dari jauh di sana.

Tidak pernah kulit ini disakiti leh emak.Tidak pernah diri ini dicubit mahu pon dipukul oleh emak.Yang ada hanyalah sedikit teguran dan ingatan untuk mengajar diri menjadi insan yang lebih berguna pada masa depan.Kegigihan mak untuk mendidik diri ini terbukti dan mendapat balasan apabila anakmu ini berjaya menghabiskan pendidikan nya di peringkat Ijazah Sarjana Muda.Hanya itu yang mampu diri ini lakukan untuk menerbitkan sekelumit senyuman kegembiraan di bibir mulus mak itu.

Doakan agar anakmu ini sentiasa berjaya dalam hidup dan berjaya mendapat apa yang dihajatinya .Sesungguhnya,saban hari saban tiap saat dan ketika,kedut di muka semakin hari semakin menjengah dan menandakan umur mak semakin bertambah.Diri ini mendoakan agar mak sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya.

Rakan-rakan kalian,sayangilah ibu anda sementara mereka masih lagi bernafas di muka bumi ini. Hargai mereka,kasihi mereka,doakan kebahagiaan mereka.

Aku sudah tidak dapat tahan.Menulis entri ini memaksa aku untuk menangisi segala kesilapan yang telah dilakukan sepanjang hidup ini.Mak,Alang sayangkan mak!!Terima kasih atas segalanya.

Sunday, February 22, 2009

::Selamat Ulang Tahun Ke-23 kepada aku!::


Entry ini agak berbaur bangga,bongkak dan penuh dengan sifat kebanggaan melampau tetapi dijamin tidak akan mempengaruhi kreadibiliti aku sebagai penulis blog yang tegar..tengok pada gambar ini sudah tentu bukan??..hehehe..Cik H,sila jangan jeheles ye..

Hari ini,tanggal seluar dan baju 22Febuari 2009,genap umur aku 23tahun di muka bumi ini.Mengikut kepada rekod yang teracatit dalam surat peranakan aku,jam 5.04 minit pagi tadi,dengan berbekalkan berat 2.87 kg, aku sudah selamat dilahirkan.Jiran aku ketika itu aku sama sekali aku tidak kenali.Yang aku tahu ketika itu hanyalah,aku hanya ingi menangis apabila doktor itu menampar punggung ku ini agar aku menangis.



Bukan aku tidak mahu menangis,tetapi aku cuba untuk menjadi disiplin.Mengganggu keheningan pagi di Hospital Kuala Pilah adalah tidak harmoni bukan??hehehe..


Terima kasih kepada semua rakan yang telah dengan rasa sucinya telah menghabis kan kredit topup mereka untuk mengucapkan Happy Birthday kepada aku.Aku hargai.Ingin sahaja aku print kan segala msg2 wish birthday kalian untuk di frame kan di dinding rumah sewa ku ini..


Kepada Hajar,anda berhutang wish birthday aku tahun ni..Tahun depan anda wajib wish double ok??Saida pula,adalah menyedihkan apabila anda hanya ingat birthday teman baik mu,saudara Torek punya birthday tetapi tarikh keramat aku ni anda tak ingat..mau gadow kah??hahaha..


Hari ini sangat best.Menyambut birthday secara alakadar..KFC snack plate sudeh..makanan juga bukan??Terima kasih kepada Cik H kerana ingat tarikh keramat aku ini..Aku ingin berjumpa Cik H lagi..huhu..


Terima kasih kepada family ku di Seremban.Lauk2 yang sangat banyak semalam telah membuatkan perut ku ini memberontak untuk seboleh-bolehnya menerima tiap2 intipati hidangan itu..huhu..


Sesiapa yang inginkan aku untuk wish birthday kalian,drop in tarikh keramat anda di bahagian akhir entry ini.Aku janji..yakin..komentar akan dilayan..hahah..




nota kaki: umur 23 bermaksud aku semakin menghampiri tarikh akhir untuk aku menjadi jurutera..mahu kahwin~~


Saturday, February 14, 2009

::Air Panas Gadek dan Kelucahan Melampau::

Tajuk entri sudah agak lucah bukan?Tapi,teruskan membaca kerana entri ini agak sesuai untuk semua golongan.Termasuk untuk mereka yang masih bersekolah rendah mahu pon mereka yang menolak kekerasan dan kekejaman terhadap wanita.. Sebenarnya,aktiviti malam minggu perlu diisi dengan begitu bermakna oleh mereka yang bergelar mahasiswa tahun akhir.4tahun menuntut di Melaka ini,tidak sah kalau tidak mengeksplorasi semua tempat khazanah di Melaka.Takkan pernah cukup aku rasa.Kalau dibukukan sejarah aktiviti 4 tahun belajar di Melaka,boleh ngetop dan laris di pasaran mungkin. Terus ke tujuan asal entri ini ditulis.Tatkala perut kekenyangan dan menghembus asap rokok seharum kasturi, shit program perlu diatur bagi mengelakkan kebosanan.Maka terkeluar lah dari mulut seorang rakan,berasal dari Kelantan menguatarakan cadangan untuk memanaskan badan di kala dinihari.Memasak diri dalam kolam air panas semulajadi dari tanah,terbaik dari ladang aku cakap..Perancangan perlu dilaksanakan,keputusan dibuat.Aktiviti menyundal murni ini disertai geng konvoi 3 buah kereta,minyak payung,tiada kutipan tol mahu pon kutipan wang ihsan pemandu.huh..Air Panas Gadek,tunggu....hausssss(ala2 cerita 300).
Sedikit trivia mengenai Air Panas Gadek ini:
  • Kos nak masuk ke dalam adalah rm 2 untuk kanak-kanak,Jika anda mengaku umur anda 20tahun,tetapi memohon untuk yuran kanak2,sila berhati-hati.Berkemungkinan boleh dapat rate macam tu,tapi kena tanggung risiko dijirus dengan air panas menggelegak di bahagian salur peranakan lah nanti..sakit wo0..
  • Untuk dewasa,Rm4 sudah memadai.
  • Kolam air panas ini adalah secara semulajadi. panasnya.Tiada sebarang unsur boiler digunakan bagi menghasilkan air panas yang bersuhu hampir kepada ? celcius ini.
  • Pastikan anda mencuba kesemua kolam yang terdapat disini.Adalah malang sekali jika anda membayar Rm4 tetapi sekadar mencecahkan kaki separas bawah sikit dari paras buku lali.Bagaimana cagu di kaki itu mahu hilang nanti?
  • Berehatlah sambil membayangkan anda sedang menghadiri kursus terapi sambil diurut oleh gadis2 litar..hahah..superb beb!!
  • Tidak digalakkan untuk berendam secara berterusan selama 4 jam tanpa henti di dalam kolam itu.Memadai beremdam selama 20 minit untuk satu2 sessi.Selang selikan dengan senaman ringan seperti memutarkan kepala sebanyak 40 darjah ke,goyang pinggul ke ataupon berlari2 anak setempat.Kemudian,sambung balik berendam.
  • Cukup.Mahu lebih,alami sendiri.
Jam 4pagi,kelihatan hero-hero remaja berposing seperti untuk majalah Mangga bukan?Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas.Mak aku dah pesan,jangan tangkap gambar awal2 pagi.Terdapat sosok2 putih mengkaburi sebilangan besar foto di atas.haha..Itu hanya gurauan.Sosok putih yang baekkk punya dinikmati bersama..kih2..hermmm..Lucah kah foto ini ya?Anda menilai.
Aku dengan rasa takzimnya,mencalonkan member aku sorang ni,yang mempunyai jiwa kental,semngat juang yang tinggi,hampir menyamai semngat juang Ong Bak 2,layak menerima Anugerah Lelaki Maskulin 2009.Bukan Anugerah Lelaki berkulit tebal ye.Anda layak bertanding untuk Hero Remaja atas tiket bernai menyembamkan muka dalam air panas tanpa ada rasa segan silu.Nak bergambar punya pasal,suhu air yang hampir boleh menyebabkan telur ayam menjadi separuh masak pon anda redah..Hang memnag stylo Wan!!sila beri tepukan ye sambil anda meneruskan bacaan entri ini.
Suka untuk diingtakan,bahawa ini bukan Party Gay ye.Semua nya lelaki sejati yang boleh diberi kepercayaan untuk menjadi ketua keluarga kelak.kih3..Layanzz..Badan diselimuti dengan haba yang extravaganza,suhu air telah berjaya membuatkan lenguh kaki,sendi di tulang pelvis,rasa ngilu di bahagian trakea dan kaki rasa bebrat sebelum ini hilang hampir 80% rasanya.sangat mujarab untuk menbhilangkan rasa sengal2 sendi dan otot.Untuk penghidap selsema ,selsema anda tidak akan hilang ,tapi boleh kurang rasanya.
Lihat,asap mengganas.Kamera cikai kepunyaan aku tidak mampu untuk mengatasi tahap ketebalan asap tersebut.Tapi,ayukah insan yang betuah di atas??hahaha..atas permintaan ramai tu. Sekian,harap2 dengan entri ini bakal melayakkan aku untuk menerima Anugerah Blog Terjah 2010 dari En Ajib..hahaha. p/s:Tekanan tul N9 kalah ngan Perlis malam ni..

Monday, February 2, 2009

::Holiday??or kursus Usahawan @ PD::

Aku sedah pulang dari berkursus selama 6 hari 5 mlm di Port Dickson.Nice to see,nice to attend.Kalau ade kelapangan,aku akan mengupload segala bibit2 story aku selama di sana.Tapi yang penting,yang rahsia,tetap akan menjadi rahsia selama-lamanya..haha..see next time..
Seperti yang aku janjikan,setelah hampir seminggu event ini berlalu,aku akan berkongsi sedikit pengalaman sepanjang berkursus di sana.Perkampungan usahawan mahasiswa generasi alaf Baru ini berlaku di Hotel Seri Malaysia Port Dickson.Semua perbelanjaan adalah ditanggung sepenuh jiwa raga oleh KPT aku rasa.UTeM hanya perlu mengeluarkan wang untuk bayar pemandu bas aku rasa..haha..So,kalau dah duduk hotel selama 6 hari 5 malam,sah-sah lah mereka2 ini mengambil kesempatan bukan?Makanan??superb lah dari maple di Melaka..Pancuran air yang dilengkapi dengan sistem pemanasan air global memungkinkan aku untuk mandi selewat jam 11malam.Siapa kisah bukan??Pekerja hotel tersebut tidak akan mengetuk pintu bilik aku..hehe Matlamat kursus adalah totally untuk menyediakan platform bagi para bakal graduanUTeM ini untuk mengusahakan sebarang bentuk bisnes untuk terus hidup di muka bumi.Pastikan pekerjaan itu halal.Jual orang pon halal juga kan??Jual orang untuk dijadikan orang gaji..hehe..Semoga kalian semua layak untuk mendapat pinjaman RM250,00.00 itu nanti ye..kalau ada sesiapa yang memerlukan rakan kongsi roger2 lah aku ye.. Aktiviti bermain laut adalah menjadi agenda utama peserta kursus kali ini.Pelbagai aksi yang langsung tidak memaparkan aksi lincah pelajar kos kejuruteraan dipamerkan oleh mereka.Aksi akrobatik juga menjadi pilihan untuk ditangkap muat dalam blog aku ini.
Rasid tidak suka bermain bersama air laut,Barangkali beliau ada kisah di sebalik cerita yang tidak mungkin dapat diungkaikan dengan kata-kata.
Sebuah filem bakal diterbitkan dan ditayangkan seawal tahun 2019 nanti.Dan satu boyband yang baru telah tercipta sepanjang perjalanan kursus ini.
Makana yang disediakan oleh pihak hotel secara keseluruhannya adalah menarik bagi aku.Atpi menurut pengalaman Raja Makan BMCS,Pok Jak,makanan nya agak kureng dari segi kualiti.Aku tidak tahu.Asal kenyang sudah memadai.Agak2 kalau da balun sepinggan kueh (5 biji jenis A,5 biji jenis B) kenyang tak??hehe
opss..permintaan rakan2 untuk menyiarkan gambar terhangat tidak dapat ditunaikan.Aksi beliau telah menggetar kan kepala lutut aku ni..haha.. Terima kasih kepada KPT dan semua rakan.Untuk blogger Podeh,ini adalah gambar aku bersama Hatta.Hatta batch Pedas 1999-2002 dulu.Kalian ingatkah?? Sekian..aku mahu pergi bersukan..Sukan itu penting kan..hehe