Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Friday, April 24, 2009

::Piala FA 2009 Akhir::

Hari Jumaat bertarikh 24 April 2009.Peminat bola sepak Kelantan mungkin sudah memulakan perjalanan mereka yang jauh dari Kelantan menuju ke Bukit Jalil.Fanatik jugak semangat kesukanan dalam diri rakyat Malaysia ni kan?Mungkin ini merupakan titik tolak bermula era kebangkitan Bla sepak Malaysia rasanya ditambah lagi dengan perlantikan K.Rajagopal sebagai ketua jurulatih Malaysia sekarang ni.Esok,pertembungan antara buku dan ruas akan bermula.Diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil tepat jam 845 malam.Sekilas pandang,perlawanan ini pada jangkaan aku akan berpihak kepada Kelantan dek kerana kestabilan bahagian tengah dan barisan serangan Kelantan .

Tetapi saingan sengit juga bakal di berikan oleh pasukan Selangor yang mahu memburu kejuaraan kali ke-5 untuk skuad Red Giant.Aku telah melakukan kajian sedikit tentang Piala FA ni.Wah,rajin aku membuat kajian kan.Kalau bab nak mengkaji fenomena pergerakan dalam sesebuah mesin bersempena dengan papaer final aku Selasa depan bukan kah lagi bagus??Pedulik apa kan.Tengah2 ada idea nak berblog ni,luah kan aja.

Pengalaman beraksi di 6 perlawanan akhir sudah tentu mematangkan para pemain Selangor.Tetapi bagi Kelantan,penantian selama 39 tahun tanpa sebarang perlawanan peringkat akhir seharusnya memberikan satu suntikan botox semangat yang membara kepada pasukan yang digelar Red Warrior ini.Pemain yang dijangka akan menarik perhatian adalah antara nya Indra Putra Mahiyuddin,Khalid Jamlus ( kedua-dua pernah menyarung jersi Selang0r)dan Khairol Anuar Baharom (pemain paling tua dalam padang).

Stadium Nasional Bukit jalil akan menjadi seperti tin Sardin apabila dijangkakan seramai 90,000 penyokong akan membanjiri Stadium ini.Harap-harap tiada rusuhan berlaku seperti di Stadium Shah Alam dahulu.Kawalam ketat lebih 1200 anggota FRU yang bertubuh tegap dan sasa yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan terhadap pembuat onar dijangka kan dapat mengawal keadaan agar menjadi terkawal.

Pandangan peribadi aku,aku memang takjub dengan semangat penonton Kelantan dan Selangor.Fan Kedah pon antara aku admire jugak.Apa- pun,waghieh den kek N9 memang superb gak.Lomau time kotinggalan gol yo~~

Apehal plak blog aku ni da jadi macam pengulas sukan eh?Minta maaf kerana aku sekarang seperti berada dalam keadaan bersukan sepanjang masa.0k pe layan Liga Malaysia.Siapa lagi nak skong liga tempatan kalau bukan rang kita sendiri bukan?Nak suruh orang Belgium sokong team perak Jenderata,,,mana mungkin bukan??hehe

Semoga perlawanan berjalan lancar.Tak kisah sape menang atau kalah sebab N9 tetap tak dapat julang Piala FA tu..huhu..

Monday, April 20, 2009

::Aku Kecewa::

Malas nak tulis banyak-banyak.Layan


Ingatkan balik tu terubat kedukaan..huhu..kalah jugak..Apalah nasib.Fabianski,anda sungguh mengecewakan.Tapi,masih muda..Try next year..Once a Gunner alwayz a Gunner,never a looser.. Hobin jang Hobin!!

Sunday, March 15, 2009

::Liga Bola Sepak InterCourse::

Sekali lagi posting berkaitan dengan sukan aku coretkn di sini.Jika kamu berminat untuk membaca dan memberi sokongan,sila terus kan bacaan.Jika tidak,tidak mengapa.Push button play,dan nikmatilah lagu itu.Pembacaan kamu akan lebih menarik jika mendengar dendangan lagu itu.Semangat kesukanan akan berkobar-kobar dalam diri dan membuak-buak harapnya.

Hujung minggu ini,di sebalik kesibukan rakan2 menyiapkan repot PSM mereka,diselitkan juga aktiviti riadah untuk pelajar-pelajar tua senior ini bagi bertujuan untuk merapatkan ikatan silaturahim melalui sukan.Kamu semua tentu pelik bukan.Sejak 2 menjak ini,entry aku banyak berkaitan dengan sukan bola sepak.Ingin ditegaskan di sini,aku memang tidak bagus dalam sukan ini,tapi kalau setakat betindak sebagai pembuat onar di bhgian benteng pihak lawan,aku lepas lah.

Menjadi impian aku untuk bermain bola sepak secara aktif sejak dari kecil lagi.Manakan tidak,kenangan ditolak mentah2 oleh jurulatih bolasepak ketika sekolah menengah dahulu telah membantutkan minat aku aku terus meminati bola sepak ini.Sampai sekarangj,jika bola melintas di hadapan aku,aku akan sumpah seranah dan menendang bla itu agar hilang dari pandangan.Serius kan hati aku yang luka ini?haha..

Hujung minggu ini,perlawanan secara liga telah di atur leh cik Deli bagi membuktikan pasukan dari kos mana yang paling kuat lah kununya.Serius aku katakan,pasukan kos aku memang tak power,tapi boleh lah kalau nak sumbat 2-3 biji gol dalam satu game tu lepas lah.(tlong jangan singkirkan aku dari pasukan ya)..haha

Bebudak Auto,Design,bebudak Aircond ngan bebudak Beam dikehendaki menyediakan pasukan untuk perlawanan ini.Hadiah tidak ditawarkan.Memadai lah dengan anugerah pasukan terbaik yang aku yakin boleh dijadikan bahan untuk membangga diri ketika berborak kosong di Maple Subaidah nanti.

Aksi di atas padang akan direkodkan.Para fotografer yang tidak bertauliah sekalian,pastikan senjata anda berfungsi pada hari kejadian.Ok??Aku sudah letih merepek dan merapu.Jumpa saja di padang nanti.Update akan dilakukan dari semasa ke semasa.Kalau aku rajin..haha

p/s:Motto pasukan BMCS- Menang gaya is better dari menang bergaya.Itukan sopan??

Thursday, March 12, 2009

::Arsenal ku masih bernyawa::

Ya.Entry ini akan berbaur semangat kesukanan yang tinggi.Tepuk tangan ramai-ramai untuk bersama meraikan kejayaan ke4-4 team EPL yang layak ke suku akhir Champion League.Tahniah juga diucapkan kepada semua pasukan yang telah berjaya menewaskan lawan masing-masing samada di tempat lawan atau pon di depan penyokong anda sendiri.Yang penting layan bola kat Internet sudah.Tiada kesempatan mahu pun kewangan yang kukuh yang mengizinkan aku untuk turut sama melayan aksi bola sepak Eropah di Stadium utama mereka.Andai lah perlawanan di atas di jalankan di Stadium Paroi,sumpah aku pergi!!
Menang penalti pon kire orait ar kan??Yang penting menang.Amat lah berbaloi kepada aku yang setia menunggu sehingga ke minit-minit akhir perlawanan,menahan kepedihan mata,bertiangkan batang mancis,menikmati kepulan asap rokok (Cik H,saya tidak merokok tahu),menunggu saat penalti memang mendebarkan.Kadang2 terasa menahan perut yang memulas mendambakan tandas cangkung lagi nikmat dari menonton sepakan penalti.huh..
Pasukan Chelsea,Man Utd,Liverpool,Bayern,Barca,Arsenal,(arghhh,,aku lupa lagi dua team) berjaya ke peringkat seterusnya.Adat pertandingan,ada kalah ada menang.Kalau ikutkan pak Kadok,Menang sorak kampung tergadai.Sesuai kah perumpamaan ini diadaptasi dalam entri ini?Sesungguhnya,aku sudak mabuk.Sangat mengantuk.Entri ditulis sebaik sahaja lega menonton sepakan penalti yang diambil Roma melambung tinggi mencecah awan Dania..haha
Ps:Aku baru boleh kembali ke dunia blog sebab Streamyx mengong satu Malysia aku rasa.Rajin2 lah cuba untuk menggunting rambut di post ini.Aku teruja.

Monday, March 2, 2009

::Review Perlawanan Bola Sepak::

Seperti yang digembar-genburkan sebelum ini,perlawanan bola sepak 11 sebelah melibatkan pasukan dari pelajan tahun 4 UTeM telah berjaya dilangsungkan dengan jaya nya.Seperti yang kelihatan dalam Line up di atas,keptusan memihak kepada pasukan BMCS 2 mengatasi BMCS 1 dengan deposit jaringan 2 gol lebihan.Hahahha..aku gumbira sangat.Akhirnya dapat menutup mulut-mulut pengkritik dan penganalisis sukan Malaysia itu.hehe..
Secara keseluruhannya,perlawanan yang dijalankan adalah seimbang antara kedua-dua belah pihak di mana serangan dihasilkan secara beratali arus tanpa mengenal erti musuh atau sahabat di dalam padang.matlamat untuk menjaringkan sebnayak 20 gol pada separuh masa pertama perlu digapai.tetapi,hanya dapat menghasilkan 4 gol pada separuh masa pertama sahaja.Berpihak kepada pasukan BMCS 2. Pemain BMCS kumpulan 1 kelihatan sangat tertekan ekoran gol2 yang dibolosi adalah akibat tindakan kurang bijak dari barisan pertahanan dan penjaga gol mungkin.Penganugerahan penalti diberikan demi membuktikan ikatan kasih sayang persahabtan yang terjalin di antara mereka,tetapi apkan daya.Dalam bola sepak,kwan boleh menjadi lawan.Gol penalti dijaringkan oleh pemain import BMCS 2 dari Cameroon,Pak Nat Eto'o.
Kedua-dua kapitan bersalaman bagi menunjukkan semangat sepasukanan yang tinggi dan akan mengamalkan sistem permainan yang adil menepati moto dan visi Persatuan Bola Sepak Dunia,FIFA.
Entry ini akan membabitkan ramai gambar.So,kepada penlayar internet yang menggunakan sistem dial up,harap2 lah bersabar ya untuk melihat aksi mereka ini bermain bola di padang besar pula.
Antara muka penghias padang yang telah datang untuk menyaksikan perlawanan persahabtan ini.Sedikit rasa kagum dan bangga dengan gadis2 ini apabila mereka sanggup mengorbankan masa mereka menonton perlawanan yang tidak seberapa ini.Tapi mungkin atas sebab paksaan atau ugutan dari pihak penaja,kehadiran adalah diwajibkan..huhu..
Siapa cakap Rira Rudaini tak boleh tengok bola ketika konflik melanda hubungan rumahtangga mereka?Bukti??nah..Rita rudaini datang untuk memberikan sokongan moral kepada kedua-dua pasukan mungkin.Pemain terasa seperti semangat extra apabila melihat kelibat Rita di luar padang.Hermmm..kalau dikenakan spek mata besar lagi masuk kot kan..hehe..
Himpunan gambar yang tidak seberapa dari kameraman yang tidak bertauliah.Hahaha..Perlawanan yang mengundang seribu pertanyaan kepada mana2 penonton di luar padang terutama adik2 sekolah rendah yang sedang menunggu sifu taekwondo mereka datang..huhu..Untuk apalah perlawanan amal ini di adakan??kelibat pemain berlari2 anak mungkin dapat menggelikan hati adik2 ini.
Aksi di atas ditangkap apabila separuh masa pertama direhatkan.Berbaki 45 minit lagi untuk separuh masa kedua.Untuk rakan2 pembaca wanita,bola sepak memang dimainkan selama 90 minit tahu.Usah ditanya mengapa tidak digenapkan sahaja ke angka 100 minit kerana memang tidak akan ada jawapan untuk soalan tersebut.
Antara muka-muka penjaring gol untuk pasukan pemenang pada hari itu.Aku tidak menjaringkan gol,tetapi sepakan percuma aku telah dijadikan batu loncatan oleh Amir B untuk menjaringkan gol ke -5 pasukan.Kelihatan guru besar sekolah rendah seakan akan kagum dengan teknik sepakan lencong yang telah dipraktikkan oleh aku.Free kick ala-ala Beckham gitu..hahaha..
Pemain tengah kedua-dua pasukan memberikan posse yang istimewa kepada peminat.Seakan rasa tidak puas hati terbit dari hati pemain tengah pasukan ini apabila tidak diberikan perhatian atas sumbangan beliau dek kerana tiada sebarang gol dihasilkan.Peluang untuk menjaringkan gol dari sepakan percuma pula gagal dimanfaatkan oleh barisan penyerang..
Secara kesimpulanya,perlawanan amal ini telah berjaya mencapai sasaran dan objektif permainan.Tiada tumbuk-menumbuk berlaku.keadaan masih lagi terkawal.Selepas perlawanan,pemain kelihatan begitu akrab sehinggakan ada si antara mereka yang ingin bertuka2 jersi sesama mereka seperti mengikut aksi Ronaldo ingin bertukar baju dengan Roman Pavylchenko di EPL..haha..ade ke??
Senarai pendek kronologi dari perlawanan ini adalah seprti berikut:
  • Penjaring gol:Amir B (1),Pak Nat Eto'o (2), Apis (1),Naimael (2)
  • Pihak lawan : Apih Awang (2),AB(1), Mat Amin(1)
  • Kapitan perlawanan: Solah dan Apih Awang
  • Best keeper: Goreng (sepatutnya Hamzah,tapi lewat datang)
  • Best Striker: Alang,Pak Nat
  • Best Defender: Amir B
  • Player of the Match::Amer B!!!
"Saya berasa terharu dengan anugerah permainan terhebat dalam perlawanan ini.Tanpa sokongan dan galakan dari Illy,peminat, saya tidak akan dapat bermain seperti seadanya seperti hari ini.Pok jak memang antara defender yang kental,tapi saya berjaya mengatasi beliau.Alang,,free kick ko memang superb!!Terima kasih semua",Amir B,pemain pertahanan.
"Saya tidak memikirkan apa ketika berlari untuk mendapatkan bola dari pertahanan lawan,Lokos.Apa yang berada di dalam fikiran saya adalah,saya perlu menjaringkan gol untuk membuktikan saya pemain yang terbaik di BMCS ini.Rasa puas juga apabila dapat membuat akrobatik di hadapan gadis2.Sue,saya terrer kan??"Paknat,penyerang BMCS2.

Monday, January 12, 2009

::Error in progress::


Entry ini adalah paling express pernah dihasilkan.Terdapat kecacatan dalam surat khabar kompak no 1 negara,Kosmo! Bahagian sukan,terdapat kesilapan ejaan yang tidak seharusnya berlaku,tetapi masih boleh lagi dimaafkan.Mesin juga melakukan kesilapan,manusia juga begitu.Maafkan beliau ye..hehe

p/s: Benzema ke,Ronaldo ke,Arshavin ke,yang penting Aku sokong N9 gak..go Rita Rudaini Aidil dan Zaqwan termasuk juga Wan Jamak.

p/s/s:Terpaksa kurangkan sokongan terhadap Arsenal sebab aku anti Israel..huh

Thursday, November 13, 2008

::Berita sukan- Jersi Malaysia Baru::


Gambar di atas menunjukkan gambar terkini Jersi Malaysia bagi menghadapi saingan Kelayakan Piala Dunia 2014 di Gutemala..haha..Body fit memang body fit dah,tapi tak berkenan dengan kewujudan tanda salib di tengah-tengah.Jersi ala-ala jersi away Inter Milan season lepas.Pada hemat dan fikiran semua,tidak wajar rasanya pihak berwajib tersebut memilih design Nike yang macam ni.Sentimen agama tidak dititikberatkan.Aku rasa macam nak terjah pejabat FAM tu and tanya direct pada Cik KJ terus..huh..



Pareto:"Jersi dah cun,main tak seberapa.Pareto main kat kampung pun lagi power tau."