Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Monday, March 2, 2009

::Review Perlawanan Bola Sepak::

Seperti yang digembar-genburkan sebelum ini,perlawanan bola sepak 11 sebelah melibatkan pasukan dari pelajan tahun 4 UTeM telah berjaya dilangsungkan dengan jaya nya.Seperti yang kelihatan dalam Line up di atas,keptusan memihak kepada pasukan BMCS 2 mengatasi BMCS 1 dengan deposit jaringan 2 gol lebihan.Hahahha..aku gumbira sangat.Akhirnya dapat menutup mulut-mulut pengkritik dan penganalisis sukan Malaysia itu.hehe..
Secara keseluruhannya,perlawanan yang dijalankan adalah seimbang antara kedua-dua belah pihak di mana serangan dihasilkan secara beratali arus tanpa mengenal erti musuh atau sahabat di dalam padang.matlamat untuk menjaringkan sebnayak 20 gol pada separuh masa pertama perlu digapai.tetapi,hanya dapat menghasilkan 4 gol pada separuh masa pertama sahaja.Berpihak kepada pasukan BMCS 2. Pemain BMCS kumpulan 1 kelihatan sangat tertekan ekoran gol2 yang dibolosi adalah akibat tindakan kurang bijak dari barisan pertahanan dan penjaga gol mungkin.Penganugerahan penalti diberikan demi membuktikan ikatan kasih sayang persahabtan yang terjalin di antara mereka,tetapi apkan daya.Dalam bola sepak,kwan boleh menjadi lawan.Gol penalti dijaringkan oleh pemain import BMCS 2 dari Cameroon,Pak Nat Eto'o.
Kedua-dua kapitan bersalaman bagi menunjukkan semangat sepasukanan yang tinggi dan akan mengamalkan sistem permainan yang adil menepati moto dan visi Persatuan Bola Sepak Dunia,FIFA.
Entry ini akan membabitkan ramai gambar.So,kepada penlayar internet yang menggunakan sistem dial up,harap2 lah bersabar ya untuk melihat aksi mereka ini bermain bola di padang besar pula.
Antara muka penghias padang yang telah datang untuk menyaksikan perlawanan persahabtan ini.Sedikit rasa kagum dan bangga dengan gadis2 ini apabila mereka sanggup mengorbankan masa mereka menonton perlawanan yang tidak seberapa ini.Tapi mungkin atas sebab paksaan atau ugutan dari pihak penaja,kehadiran adalah diwajibkan..huhu..
Siapa cakap Rira Rudaini tak boleh tengok bola ketika konflik melanda hubungan rumahtangga mereka?Bukti??nah..Rita rudaini datang untuk memberikan sokongan moral kepada kedua-dua pasukan mungkin.Pemain terasa seperti semangat extra apabila melihat kelibat Rita di luar padang.Hermmm..kalau dikenakan spek mata besar lagi masuk kot kan..hehe..
Himpunan gambar yang tidak seberapa dari kameraman yang tidak bertauliah.Hahaha..Perlawanan yang mengundang seribu pertanyaan kepada mana2 penonton di luar padang terutama adik2 sekolah rendah yang sedang menunggu sifu taekwondo mereka datang..huhu..Untuk apalah perlawanan amal ini di adakan??kelibat pemain berlari2 anak mungkin dapat menggelikan hati adik2 ini.
Aksi di atas ditangkap apabila separuh masa pertama direhatkan.Berbaki 45 minit lagi untuk separuh masa kedua.Untuk rakan2 pembaca wanita,bola sepak memang dimainkan selama 90 minit tahu.Usah ditanya mengapa tidak digenapkan sahaja ke angka 100 minit kerana memang tidak akan ada jawapan untuk soalan tersebut.
Antara muka-muka penjaring gol untuk pasukan pemenang pada hari itu.Aku tidak menjaringkan gol,tetapi sepakan percuma aku telah dijadikan batu loncatan oleh Amir B untuk menjaringkan gol ke -5 pasukan.Kelihatan guru besar sekolah rendah seakan akan kagum dengan teknik sepakan lencong yang telah dipraktikkan oleh aku.Free kick ala-ala Beckham gitu..hahaha..
Pemain tengah kedua-dua pasukan memberikan posse yang istimewa kepada peminat.Seakan rasa tidak puas hati terbit dari hati pemain tengah pasukan ini apabila tidak diberikan perhatian atas sumbangan beliau dek kerana tiada sebarang gol dihasilkan.Peluang untuk menjaringkan gol dari sepakan percuma pula gagal dimanfaatkan oleh barisan penyerang..
Secara kesimpulanya,perlawanan amal ini telah berjaya mencapai sasaran dan objektif permainan.Tiada tumbuk-menumbuk berlaku.keadaan masih lagi terkawal.Selepas perlawanan,pemain kelihatan begitu akrab sehinggakan ada si antara mereka yang ingin bertuka2 jersi sesama mereka seperti mengikut aksi Ronaldo ingin bertukar baju dengan Roman Pavylchenko di EPL..haha..ade ke??
Senarai pendek kronologi dari perlawanan ini adalah seprti berikut:
  • Penjaring gol:Amir B (1),Pak Nat Eto'o (2), Apis (1),Naimael (2)
  • Pihak lawan : Apih Awang (2),AB(1), Mat Amin(1)
  • Kapitan perlawanan: Solah dan Apih Awang
  • Best keeper: Goreng (sepatutnya Hamzah,tapi lewat datang)
  • Best Striker: Alang,Pak Nat
  • Best Defender: Amir B
  • Player of the Match::Amer B!!!
"Saya berasa terharu dengan anugerah permainan terhebat dalam perlawanan ini.Tanpa sokongan dan galakan dari Illy,peminat, saya tidak akan dapat bermain seperti seadanya seperti hari ini.Pok jak memang antara defender yang kental,tapi saya berjaya mengatasi beliau.Alang,,free kick ko memang superb!!Terima kasih semua",Amir B,pemain pertahanan.
"Saya tidak memikirkan apa ketika berlari untuk mendapatkan bola dari pertahanan lawan,Lokos.Apa yang berada di dalam fikiran saya adalah,saya perlu menjaringkan gol untuk membuktikan saya pemain yang terbaik di BMCS ini.Rasa puas juga apabila dapat membuat akrobatik di hadapan gadis2.Sue,saya terrer kan??"Paknat,penyerang BMCS2.

Sunday, January 11, 2009

::Pulau Besar Melaka::

Ekspedisi seharian bersama beberapa rakan-rakan anggota kelas telah menjanjikan seribu satu pengalaman dan kenangan yang sukar untuk dikecapi pada masa-masa akan datang.Menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai seorang pelajar sebelum bergelar engineer dengan aktiviti hutan amatlah menyeronokkan.Destinasi yang telah dipilih untuk menghilangkan kekusutan otak,dan ketidakpuasan hati terhadap sesiapa adalah menuju ke Pulau Besar Melaka yang terletak di Anjung Batu.
Blog ini bukanlah merupakan promotion blog untuk mempromosikan serba sedikit mengenai Pulau Besar ini.Maklumat lanjut boleh anda perolehi di laman ini.
Sedikit info mengenai pulau ini dari pandangan mata kasar termasuk mata hati aku adalah,pulau ini sesuai untuk mereka yang meminati aktivit-aktiviti outdoor,jungle trekking,hiking Idan macam2 lagi.Terbuka kepada semua golongan pengunjung termasuk juga untuk mereka yang baru lepas bersalin dah habis pantang.heheh.. Tambang untuk feri ke Pulau Besar dari jeti Anjung Batu adalah Rm14 untuk perjalanan dua hala.Feri yang disediakan bertaraf seadanya dimana boleh memuatkan 44 org penumpang pada satu masa dan ia dilengkapi dengan kemudahan jaket keselamatan,So,for those yang tak tahu berenang macam aku ni,adalah tidak menjadi masalah untuk menikmati kegembiraan ini bersama teman-teman dan taulan sekalian. *feri akan menyelusuri Laut ______ (aku tak pasti apa nama laut tersebut,anda isikan sendiri ya) selama lebih kurang 22 minit dan selama 30 saat diperlukan untuk pemandu tersebut memilih port parking yang baik. Apabila berada di pulau ini,capture the moment syndrome terjadi tanpa dapat dikawal lagi.Rakan-rakan yang mendambakan wajah mereka dimasukkan ke dalam blog ini,bagi membuktikan mereka pernah sampai di sini,(maybe untuk ditunjukkan kepada ehem2 masing-masing,atau pon kepada anak cucu mereka dalam tempoh 30 tahuin akan datang,jika blog ini masih wujud..hahaha). Akan aku kongsikan beberapa keping gambar mereka ini yang alhamdulillah,masih lagi menjaga batasan dan norma kehidupan beragama bangsa Malaysia. Letih,haus,lapar,(makanan agak mahal di atas pulau,itu sudah maklum kan),mengantuk dan rasa terngiang2 sang tilam melambai2 untuk mendodoi..huhu..sayonara~~

Sunday, January 4, 2009

::Entry pertama tahun 2009::

Masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada pengunjung blog iovantgarde's territory ini.Basikal tua milik siapkah diatas itu?Milik tentera Jepun kah?Milik Tan Sri P Ramlee kah?(mana mungkin kerana pertalian darah dengan P Ramlee pon tidak wujud dalam aliran darah aku ni,inikan pula nak bau-bau bacang,kalau Farid Kamil tu ye lah kot).huhu.. Kembali ke topik asal.Mengapa blog ini sudah lama tidak di hupdate?Mungkin kerna diriku agak lebih gemar membaca blog blogger tegar yang lain.Demi untuk diciplak idea mereka dan dimuatkan dalam blog ini.Itu tidak manis bukan?Tidak menggambarkan sebagai seorang bangsa yang merdeka.Pesanan penaja,jangan beli album cetak rompak..download takpe..hahaha. Setelah sekian lama bergelumang dengan dunia blog,terasa seperti ingin berkongsi sesuatu yang lebih bermanfaat untuk bacaan anda sekalian.Aku patut lebih memberikan fakta yang berguna untuk tatapan kalian yang sangat suka dengan blog aku mungkin.Mungkin cerita Abby-NOrman Hakim berpisah??Itu sudah karat.Cerita artis ditangkap menyertai pesta seks sempena sambutan tahun baru?Dalam berita 24 jam duk ulang berita itu sahaja.Cerita Mawi bernikah dengan Ekin?TV3 tak dapat hak siaran?itu cerita lapuk.Tahun lepas punya cerita tu.Aku ketandusan idea.Tampak gaya seperti perlu lebih banyak membaca. Mungkinkah aku perlu berkongsi tentang masalah peribadi aku dalam blog ini?Sudah tentu Pak Nat rakan sebilik di kolej kediaman Murni akang terus mendelete address blog aku yang telah di bookmark kan itu tanpa segan silu jika itu yang aku coretkan.Atau aku perlu menghupdate tiap saat dan tiap ketika tentang apa yang berlaku di bumi Malaysia ini??aku buntu..kering mencari idea. Aku mempunyai satu hobi baru baharu baharu ini.Hobi menangkap gambar menggunakan kamera cikai je.Aku tidak lah sehebat Pulau mahu pun Popshovans atau pon Pundak yang memiliki senjata yang hebat.Tapi,aku menyimpan satu hasrat dan bakal termasuk dalam wishlist aku untuk satu tempoh masa ini.Kamera DSLR Nikon lah kot..hahaha..Aku ingin berkongsi beberapa keping moment yang berjaya disnap oleh senjata sang ku itu..uhuk8..
koleksi kereta mini yang dijadikan perhiasan di ruang tamu.Dulu ramai,tetapi apabila sepupu-sepupu kecik dataang,terpaksa "dihadiahkan" dengan rela hati
Kereta polis pon ingin meronda dan beraksi tau Kali pertama pergi Langkawi secara solo sewaktu sekolah menegah,tak tau nak beli ape untuk adik,mende ni pon jadilah.. Botol sisya original dari bumi Syiria dari abang ku.
Mungkin lepas ini aku boleh cuba kembangkan bakat untuk mengambil objek hidup plak kan.Promote sikit,abang sulung nak kahwin bulan Jun,dan sudah pasti beliau akan kujadikan bahan ekprimentasi aku..haha
Pareto: Panas sungguh Malaysia,tak macam Uganda..Huh..

Tuesday, December 30, 2008

::Sekembali dari bercuti::

Aku sudah kembali dalam dunia berblog.Banyak perkara yang bakal merunsingkan dan merimaskan bebanan di kepala ini.Aku bakal berhadapan dengan pelbagai kesusahpayahan dan rintangan Algebra yang amat dasar sungguh sekali pdsa permulaan semester baru ini..erkk..sila abaikan penggunaan hukum Bahasa yang berterabur di sini..Banyak perkara yang ingin dikongsikan bakal dicurahkan dalam entry2 yang akan datang.Kepada sum1 yang telah berjaya menggembirakan hidup aku selepas ini,terima kasih diucapkan.Aku akan terus berblog untuk menghilangkan bohsan dan mengahancur lumatkan segala bentuk tekanan perasaan.

p/s: aku runsingkan dengan kondisi seorang pelajar semester akhir

Saturday, December 6, 2008

::Sunway lagoon~Destinasi ku di musim cuti::

Fuhh..berabuk aku tinggalkan blog ini tanpa sebarang hasil nukilan terbaru.Rindukan tentang entry dari aku bukan??Harapnya jawapannya adala YA!!bukan begitu Cik H...hehe..Sepeninggalan aku dari dunia blog ini bukan lah aku merajuk kerana ketiadaan pisang goreng di kala cuti ini,tetapi aku mengembara ke seantero negeri untuk mencari sebarang bentuk hiburan yang masih di dalam batasan kehidupan insan biasa.Cewahh..

Tengok pada tajuk entry,sudah semestinya aku menghabiskan masa senggangku bersama adik beradik ke satu destinasi yang menjanjikan hiburan tahap maksimas.Kalau kena sponsor masuk Sunway Lagoon,siapa yang mahu menolak rezeki kan??Thanx to Along sebab membelanjai segala jenis material yang menggunakan wang sebagai ejen pertukarannya,(tidak termasuk penginapan ye)..

Tidak sah kalau moment-moment happy tahap maksimum ini aku abaikan tanpa sebarang hasil tangkapan gambar kan?So,berbekalkan (seperti biasa),kamera benQ 8.0 megapixel aku,segala macam aksi dan keletah,yang bahagia,yang extream,tetapi masih dalam batasan pergaulan,tidak mengghairahkan mana-mana pengunjung Sunway Lagoon ini akan aku rakamkan untuk ditangkap muat dalam blog ini.Abaikan gambar di atas jika anda rasa meluat dengan pose tersebut-memandang ke langit sambil diperhatikan oleh Encik Itik Berbosour..

Tag tgn yang agak moden,selalunya kalau pergi mana-mana Lagon,diorang kasi tag yang jenis melekat .Hamek,kali ni,jam terus di bagi eh..Atas permintaan adikku,gambar ini ditangkap ekoran kejarangan untuk berhibur di tempat seperti ini lagi.


Tanpa ada sebrang kesalahan dilakukan oleh PakCik ni,aku telah mencekik beliau.Tanpa rasa segan silu.Sebab aku rasa tak termaktub dalam undang-undang Malaysia,apatah lagi undang-undang laut Melaka,adalah bersalah melakukan kekasaran terhadap pencekik patung kan??hehe..Sekali lagi,pose kurang menarik aku hasilkan.Walaupon dah berjuta kali gambar aku di snap secara paksaan atau pon secara sukarela.

Pengalaman menaiki (apentah name menatang ni) "Rakit Berpelampung Madagascar Style" menyusuri terusan Suez mungkin bersama adik-beradik ku yang lain (bakal adik-beradik insyaallah).Kepuasan tahap minimum apabila menyusuri terusan ni,pada hemat aku,alangkah indah jika permainan ini diterbalik-balikan 360 darjah,membasahi segenap anggota badan,tanpa ada sebarang perasaan belas kasihan..hahaha..

Koleksi gambar yang sempat di snap oleh kameraku.Masih lagi gagal mengaplikasi teknik menagkap gambar secara candid..huhu..Di akhir kembara,kepalaku sudah pening,perut memberontak mendambakan sebutir makanan,kali lenguh mahu diurut oleh Ogawa,badan letih mengharapkan tangan2 adik manis untuk mengurut,huhu..RM48 adalah sangat berbaloi dilaburkan untuk tujuan berhibur sakan seperti hari ini..Aku gumbira~~




Pareto:Bagus2..Cuti-cuti Malaysia.Bila nak g melawat Kg halaman Pareto plak?kat Uganda Timur je..

Wednesday, November 26, 2008

::Hoyeh!!!balik kampung::

Mood hari ini sangat2 lah memberangsangkan kerana aku akang pulang ke kampung halaman.Setelah lebih setahun tak balik Taman Temiang Jaya (hahah..setahun ke??),akhirnya aku akan menjengah rakan2,sahabat taulan,serta imam Taman tersebut.Jenguk je ar,,singah nye tak..
Ye,aku sudah lama tidak hupdate ini blog.Atas beberapa alasan..
  • Arsenal aku tewas 3 games in row membuatkan aku sedikit moral down.Tetapi kemenangan tipis 1-0 ke atas Dynamo Kyiv semalam membuahkan sedikit keceriaan dalam hidupku..hahaha
  • Internet connection sgt2 lah hampes di musim cuti sekolah ini..maybe aku tak bayar bil 4 bulan tertunggak lah kot jadi connection2 sgt2 lah lembap..nak upload gambar kat photobucket pon berjanggut nunggu eh..tapi dah settel dah rasanya bil tersebut..
  • Aku kebosanan tahap gaban menyebabkan ketidakwujudan elemen2 humor dalam entry ak kali ini..huhu
  • Projek PSM aku terbengkalai tanpa ada sebarang progress..haduiyai..terpaksa aku shortkan tempoh cuti untuk memberikan belaian dan perhatian yang agak sempurna terhadap awek ke-2 aku ni..huhu
  • Aku rindukan mak n abah paling utama..So,aku mahu pulang jap lagi..doakan ak selamat pulang..
papai semua orang.Buhbye sumua owang.