Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

Tuesday, April 14, 2009

::Tag dari Kembo::

Sudah lama tidak menceburkan diri dalam dunia Tag ni kan.Tag haram ini datang nya tulus ikhlas dari Kembo kecik,rakan blogger BMCS gak.Dengan hati yang berkembang-kembang,aku menjawab tag beliau.Hargai ye..

1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama blog itu? iovantgarde's territory.Kenapa?Macam unik sahaja nama itu bagiku.Ye tak??

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
www.fikriworld-alang.via.my dan ia dibuat on the spot ketika blog ini dilahirkan beberapa bulan yang lalu.

3. Apakah method dalam penulisan blog anda?
Method??Menatang apakah ini??Bahasa Ibunda .Jika rajin,sila sebak entry terawal saya,menggunakan medium bahasa Inggeris.Pastu macam tak bleh blah.Macam haram je language aku.Huhu..

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?
Yup..pernah.Terutama bila tengah syok godam coding,error berlambak sana sini.Demmm..Tapi itu dulu.Penulis blog tegar tak kan buang blog mereka bukan?

5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
owh..kembo kecik..Blog lu memang sempoi.Fllowers ramai tu..semua gadish..H0h0..bagi aku sorang,boleh??haha

6. Senaraikan calon yang akan di tag: Anda sudah baca entry ini.Maka wajib jawab Tag ini..huhu..

Wednesday, December 31, 2008

::Being Tag Again::

~klik pada gambar untuk tumbesaran melampau~


Tag??!!Arghh..perkara yang paling payah untuk dilakukan,lebih-lebih lagi apabila ia memerlukakan sekelumit kejujuran dari dalam hati untuk sedaya upaya menjawab dan merungkai segala macam bentuk persoalan yang di sertakan.Tag kali ini dikirim khas oleh Cik Afif.

**************

Syarat dan peraturan:

Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 9 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.

Silalah hasut 9 orang lain untuk melakukan perkara ini.
Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.

Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.


Fakta tentang diriku
  • Nama gelaran Alang telah diterimapakai sejak sekolah menengah lagi (ketika alam persekolahan),diiktiraf "Alang" oleh emak tercinta apabila mendapat tahu aku bakal mendapat adik perempuan pada tahun 1992 nanti.Ketika itu mungkin tahun 1991.
  • Nama Alang juga digunakan pada zaman Matrik,zaman Belajar University dan zaman Praktikal aku dahulu.Tedapat juga usaha untuk memnaggil aku dengan nama Orlando Bloom (mungkin kerna rupa aku ada iras2 beliau kot),tetapi berjaya ditepis.
  • Nama Alang merupakan nama timbangtara atau pon kata ganti nama diriku apabila berkomunikasi bersama gadis-gadis di luar sana.Macho bukan?
  • Nama Alang juga ada digunakan dalam peribahasa melayu
    "Alang-alang menyeluk pekasam,Biar sampai ke pangkal lengan,maka jangan lah engkau menyeluk ke dalam poket seluar Alang ketika ini dengan harapan untuk mendapat duit,kerana poket Alang ketika ini hanya terdapat habuk yang bakal beterbangan"
Perangai tidak senonoh yang pernah dilakukan
(aku mengambil masa yang lama untuk mengimbau kembali zaman2 jahiliah aku dahulu)
  • Pernah dituduh mencuri guli anak Cik Biah satu ketika dahulu(sekitar tahun 1994).Akibatnya,aku dipukul oleh emak tercinta di bahagian punggung menggunakan senduk nasi.Mujur senduk nasi tersebut sudah dibuang ketika perpindahan rumah berlaku.Tapi aku tak pernah mencuri pon,aku pinjam je guli tersebut.
  • Memandu sambil memakai cermin mata.Adakah ini tidak senonoh?tidak bukan,kerana aku sememangnya rabun apabila waktu mencecah jam 4.30ptg dan ke atas.
  • Zaman tadika dulu,aku terpilih untuk menyertai persembahan choir Tadika.Menyanyikan lagu berkaitan haiwan sambil mengenakan topeng haiwan tersebut.Aku mendapat watak burung Kedidi rasanya.Ketika nyanyian,suara aku sedikit off key,terguna key yang tinggi ketika itu.Akibatnya,sijil tadika aku terpaksa ditahan,dan tidak disampaikan ketika majlis penyampaian,sebaliknya hanya diserahkan di belakang tabir.Mujur emak aku tidak dipulaukan oleh peneroka Felda akibat ketidakmerduan suara aku.
Hala tuju Hidup Anda
  • Berusaha untuk menuju ke jalan yang lurus.
  • Bercita-cita untuk memiliki sebuah kehidupan yang tenang,aman,bebas dari asap rokok dan asap sampah yang dibakar oleh jiran sebelah.
  • Menuju ke Seremban dan Venice,Italy setiap kali ada masa terluang dengan menaiki kereta idaman.Kereta masih tiada dalam simpanan peribadi.Wajib untuk mengumpul duit dahulu.huhu..

Aku mahu Tag mereka yang suka menge"tag" aku dengan sesuka hati..hamek..hadiah tahun baru dari aku.

p/s: Entry bulan December merupakan paling sedikit koleksinya kerana aku bercuti,internet pon bercuti.

Monday, December 8, 2008

::7 perkara pelik versi ortodoks tentang aku::


Tatkala kebosanan dan kesukaran untuk melelapkan mata bagi menanti kunjungan Aidil adha esok pagi,terasa terpanggil untuk menjawab tag dari Mr Popshovan.Sesungguhnya tag yang akan dijawab ini bakal memampangkan tentang siapa sebanar diri aku sejak lahir sehinggalah sekarang.Dengan rela hati,tanpa ada sebarang unsur2 tindakbalas kimia dari luar,mahu pon hasutan dari Pakcik jiran sebelah,tag ini akan dijawab dengan jujur-sejujur-jujurnya..

To tag along: You have to list 7 weird things about yourself, post it in your blog, tag at least 7 people (list their names), and comment on their blog to let them know that you just tagged them.

  • Kalau menunggang motosikal,aku suka menyanyikan lagu sambil mengubah nada lagu tersebut.Seperti,menjadikan lagu 'Aduh Saleha' dalam bentuk Acapella sepanjang perjalanan dari Seremban ke Melaka.Yang pelik,aku gagal untuk mengharmonikan sebarang genre lagu indiband dari kumpulan bittersweet mahu pon Hujan.
  • Pernah dilenyek motosikal ketika dalam darjah 3,semasa pulang dari membeli aiskerim pop.Bengong punya bro.Sampai sekarang,tulang skapula dan tempurung lutut patela aku masih tidak kelihatan normal.
  • Hobi bermain futsal.Posisi kegemaran adalah bahagian striker.Pernah aku cuba mengubah posisi menjadi bek kanan dan keeper,tapi team aku kalah teruk dengan nilai bolos mendahului nilai jaringan gol.Memang aku ditakdirkan menjadi striker kot.Tapi,kalau aku striker,jumlah gol takpernah melebihi jumlah bolos pon.hahaha..
  • Aku suka berjalan.Kalau berjalan2 di pasar malam,aku suka melihat keletah pakcik dan makcik yang sudah berumahtangga,menguruskan anak-anak diorang.Yang merengek nak air tebu,nak permenan robot,nak seluar dalam jenama orang dewasa.Mahu je aku tangankan anak2 beliau.Bagaimanakah aku jika mempunyai anak sedemikian rupa..
  • Suka terbaring sambil mengurut2 dan menggaru kepala yang tidak pernah sekalipon terasa gatal.Mak aku cakap,sedari kecil,memang begitu peelku jika menghadap televisen.Kaedah menidurkan diri ketika mood tidur tak kunjung tiba.
  • Aku suka bermain air.Mandi laut,mandi sungai.Tapi aku tak pernah mengerti bagaimana untuk berenang.huhu..parah ni.Bagaimana aku ingin menjadi hero jika terserempak dengan anak Makcik Bedah yang mungkin ditimpa musibah hampir lemas di kolam takungan najis di taman aku ini?apa susah..panggil aje bomba.Bomba datang berlumba-lumba~~
  • Aku terlalu mengidamkan agar Lisa Surihani sudi menjadi teman hidupku..hahaha..femes Pak Cik..Cik H...,sila jangan ambil hati ye..hehe

Sekian.Kalau ikutkan,masih ada banyak lagi perlu diselongkarkan.Tapi,die mintak 7 je kan?aku mahu tag mereka ini [1]Afif Salami , [2] Ameenah [3] Angah Komander [4] Catt [5] Miss Fariehan [6] Cik Sekda [7] Raja BMCS


Platipus: Abg anda sudah berumur 25tahun sekarang!!

p/s:aku berikrar untuk belajar berenang tahun depan.
p/s/s:selamat Ulangtahun ke 25 untuk angah aku..

Tuesday, November 11, 2008

::Saya telah di tag::

Hari ni,seawal jam 1130 pagi mata ni dah terkebil-kebil menahan pancaran matahari yang memanah mata untuk bangun melihat dunia.Tidur masih tak puas lagi tapi mengenangkan esok ada papaer yang perlu dijawab,maka digagahi juga kelopak mata yang berat ini ibarat se tan batu menghempap beliau untuk dibuka.

Check2 blog,didapati diriku ini telah di tag.Tag merupakan agen paksaan lah lebih kurang.Layan je lah kan.hehe.Dengan senang hatinya,Cik Saida telah tag kan nama aku.Berikut adalah syarat -syarat tag ni.

* take a recent photo of yourself OR take a picture of yourself RIGHT NOW.

* DONT change your clothes. DON'T fix your hair, just take a picture.

* Post that picture with NO editing.

* post this instruction with your picture.

* Tag 5 peoples to do t
his


ini merupakan keadaan sebenar diri saya ketika ini.Ye,saya belum mandi lagi,tapi muke macam dah mandi kan?Mengenakan jersi Chelsea zaman era kegemilangan Zola tajaan Autoglass dan sedang mengadap lampiran-lampiran latihan dan nota Instrumentasi..huhu..

dan 5 org yang bertuah kali ini adalah:


~Platipus membuat senaman Tagging~