Alhamdulillah.Siang tadi berjaya mengharungi liku-liku akhir sebagai seorang pelajar tahun akhir lulusan UTeM ini.Seakan tidak percaya pada diri sendiri bahawa diri ini akan bergelar Jurutera juga akhirnya.Maka,dengan ini,aku umumkan,kepada mana-mana ibunda kepada anak dara sunti diluar sana,pastikan dara sunti ya,dara terlajak (bukan tidak dilayan,tapi belakang sikit,hehe) anda semua bersedia untuk dipinang aku.Siapa yang mahu bermenantukan seorang bakal graduan UTeM yang pakar dalam hal-dhal teknikal,ha,,anda tidak silap.Saya lah orang yang sesuai dengan anak Mak Cik Semah tu.haha
Entah apa yang dingomelkan oleh aku saat perbentangan petang tadi pon tidak tahu.Yang aku pasti,panel berpuas hati dengan hasil kerja 12 bulan aku itu.Lihat saja entry di atas,kagum bukan?Kalau kalian tidak kagum,tidak mengapa.Hanya jauhari yang mengenal manikam.Diharapkan aku mendapat berkat dan kejayaan lebih baik di hujung2 sem ini.Kalian doakan juga tahu.
Yang pasti,tiada aksi panel berwatakkan seperti harimau yang kelaparan pon.Itu sudah cukup.
Arghh..Tiba-tiba perasaan hiba menjengah tiba melanda diri ini.mana boleh.Sebagai lelaki yang paling macho dalam UTeM (hahaha) ni,mana bleh menitiskan air mata bukan?Banyak perkara akan dirindui selepas ini.Aku mahu rekodkan satu persatu sebagai tanda aku cintakan alam pendidikan.
Aku pasti merindui sahabat nanti.Rakan perosak bangsa,rakan pendingin suasana,rakan pembakar semangat waja,rakan main bola,rakan bermain futsal,rakan ke pasar malam,rakan Blogger,rakan rakin?ade ke?,rakan sepertidoran,rakan semaple'an,rakan corp,perghhh..awek jual cekodok pisang di hujung taman perumahan ini pasti akan merindui aku.Tak mengapa dik,habiskan SPM dulu,kalau tak lepas,teruskan menjual cekdok pisang.Boleh berjaya juga,bukan??cewah..
Aku ingat mahu membuat entry pasal Kampus Induk UTeM.Tetapi lain kali lah ya.Ada urusan sedikit.Sehingga kini,selamat tinggal Dunia semua..hehe
p/s:Budak kos aku akan buat dinner Gala Nite Khamis nanti.Tema dinner adalah "Bohsia Bohjan Melaram di Hotel Blink-Blink".Aku yakin,pasti akan ada tranformasi yang ketara di antara rakan-rakan nanti.Pasti ada yang mengalahkan artis Malaysia melaram nak pergi Anugerah ABPPH di Genting Highland.Tunggu dan lihat sahaja.








