Sunday, March 15, 2009

::Liga Bola Sepak InterCourse::

Sekali lagi posting berkaitan dengan sukan aku coretkn di sini.Jika kamu berminat untuk membaca dan memberi sokongan,sila terus kan bacaan.Jika tidak,tidak mengapa.Push button play,dan nikmatilah lagu itu.Pembacaan kamu akan lebih menarik jika mendengar dendangan lagu itu.Semangat kesukanan akan berkobar-kobar dalam diri dan membuak-buak harapnya.

Hujung minggu ini,di sebalik kesibukan rakan2 menyiapkan repot PSM mereka,diselitkan juga aktiviti riadah untuk pelajar-pelajar tua senior ini bagi bertujuan untuk merapatkan ikatan silaturahim melalui sukan.Kamu semua tentu pelik bukan.Sejak 2 menjak ini,entry aku banyak berkaitan dengan sukan bola sepak.Ingin ditegaskan di sini,aku memang tidak bagus dalam sukan ini,tapi kalau setakat betindak sebagai pembuat onar di bhgian benteng pihak lawan,aku lepas lah.

Menjadi impian aku untuk bermain bola sepak secara aktif sejak dari kecil lagi.Manakan tidak,kenangan ditolak mentah2 oleh jurulatih bolasepak ketika sekolah menengah dahulu telah membantutkan minat aku aku terus meminati bola sepak ini.Sampai sekarangj,jika bola melintas di hadapan aku,aku akan sumpah seranah dan menendang bla itu agar hilang dari pandangan.Serius kan hati aku yang luka ini?haha..

Hujung minggu ini,perlawanan secara liga telah di atur leh cik Deli bagi membuktikan pasukan dari kos mana yang paling kuat lah kununya.Serius aku katakan,pasukan kos aku memang tak power,tapi boleh lah kalau nak sumbat 2-3 biji gol dalam satu game tu lepas lah.(tlong jangan singkirkan aku dari pasukan ya)..haha

Bebudak Auto,Design,bebudak Aircond ngan bebudak Beam dikehendaki menyediakan pasukan untuk perlawanan ini.Hadiah tidak ditawarkan.Memadai lah dengan anugerah pasukan terbaik yang aku yakin boleh dijadikan bahan untuk membangga diri ketika berborak kosong di Maple Subaidah nanti.

Aksi di atas padang akan direkodkan.Para fotografer yang tidak bertauliah sekalian,pastikan senjata anda berfungsi pada hari kejadian.Ok??Aku sudah letih merepek dan merapu.Jumpa saja di padang nanti.Update akan dilakukan dari semasa ke semasa.Kalau aku rajin..haha

p/s:Motto pasukan BMCS- Menang gaya is better dari menang bergaya.Itukan sopan??

5 comments:

huzaimah said...

sedare fikri..
awas dgn tajuk post anda.
"intercourse" boleh membawak masuk laen tau. hati2... huhu

Unknown said...

Setuju dgn Huzaimah.. kerana intercourse agak lucah sekali maskudnya.. hahaha..

Anonymous said...

stuju ngan huzaimah...tah ape yg ak stuju???haa itu yg kite x tau...hahaha

Anonymous said...

intercourse menurut kata citcat.com adalah = persetubuhan....happaraa alang!!hahaha..mana de liga persetubuhan..

Anonymous said...

sila jgn intercourse dengan kawan2 same pasukan bola sepak ok??bahaya tu..ehem2...kekeke...