Friday, March 20, 2009

::Sokong Earth Hour::

Earth hour?Apakah itu?Masa yang diperuntukkan untuk bumi kita ini tidur kah?Ataupun masa senggang untuk bumi berehat dari segala jenis bahana ancaman akibat rasukan dan kerakusan manusia itu sendiri?Hampir tepat.Bumi kita semakin hari semkain nazak menahan segala punca dan malapeka akibat dari penerobosan kuasa manusia di atasnya.Apakah daya dan usaha kita boleh lakukan bagi menunjukkan kesayangan diri kita terhadap bumi ini?Saban hari,hampir dimamah oleh lapisan ozon,kesan rumah hijau dan kesan pemanasan global.

Mari kita bersama-sama menunjukkan sokongan terhadap kempen ini.Bagi aku,tidak lah sampai hendak menutup seluruh suiz di rumah sewa ini,mahupon memboikot segala jenis kenderaan yang menggunakan petrol mahu pon diesel sebagai nadi penggerak mereka.Tak hidup aku nanti.Cukup sekadar menutup beberapa suiz picisan sudah memadai aku rasa.Tutup suiz tv,suiz lampu bilik air,(pastikan tiada sesiapa sedang melepaskan hajat ketika upacara ini dilakukan,,Naya sahabat anda itu nanti.Suruh beliau tahan aktviti memerut itu untuk tempoh sejam.Percayalah,buasir tidak akan terjadi dalam tempoh sejam itu..haha

Kempen earth hour dianjurkan saban tahun.Setiap kali tiba 28 March.Bertujuan untuk menghargai bumi ini.Saban hari,semakin lupus keutuhan struktur bumi ini untuk menampung segala macam penyakit ciptaan homosapiens.Berlebihan kuasa elektrik yang digunakan juga memungkinkan sebab bumi ini perlu diselamatkan.Aku tidak mahu berceloteh panjang.Pastikan suiz lampu rumah anda ditutup pada tika dan saat acara ini dilakukan.Ingat!!28 march ini..Hari Ahad.

p/s:Risau jika kempen ini disalahertikan leh segelintir pihak yang cetek tahap pemodenan pemikiran nya.Mungkinkah maksiat akan berlaku semasa kempen ini?Almaklumlah,suasana gelap gelita..siapa tidak mahu,bukan??

3 comments:

catt said...

yeahhh...alang menyokong earth hour..aku pon sokong jugak..pastikan umah ko gelap 28/03/09 nie..huhuhuhu..

k0m4nd3r said...

Gilo! 29 hb ado presentation lagi.. kalau tup lampu, nk buek kojo camno?

rsd said...

28 bkn hari sabtu ke???ke kelender ak yg silap???kol brp ni???kate sejam je...besh ar paknat camtu...huhu