Tuesday, April 26, 2011

::Percutian bajet::


Dalam hidup ni, banyak perkara yang aku nak buat tapi tak berpeluang nak merealisasikannya. Sebagai anak muda yang punya nafsu untuk mengharungi cabaran hidup, bujang lagi pula tu kan, impian aku sangat lah pelik. Jika dibandingkan dengan impian Yuri Gagarin pada masa lampau, tidaklah ekstream sangat impian aku ni. Mohon budi bicara para pembaca untuk aku kongsikan impian aku ni bersama kalian.

Salah satu impian aku sudah terlaksana 2 minggu lepas. Aku namakan percutian itu sebagai percutian bajet. Berbekalkan RM200 di dalam wallet Polo aku ni, aku meredah Hiway Gombak-Kuantan untuk ke Temerloh. Motifnya hanya satu, untuk menghadiri kenduri kahwin salah sorang sahabat aku dahulu. Serius aku nyatakan bahawa aku jarang sekali samapi ke Pekan Temerloh ini. Majlis perkahwinan sahabat aku ni berlangsung secara sederhana tetapi meriah. Sebagai seorang budak yang ala2 bandar, tetapi merindukan suasana kampung, kagum aku melihat suasana kampung di majlis ini. Gulai kawah (dalam tanah), umbut masak lemak dan buahan2 tempatan telah berjaya menyelamatkan gendang perut aku ini dari terus meronta2 meminta makanan. Sedap dan lazat masakan kampung ini. Selesai acara majlis, aku dan kawan2 ku berpecah. Aku memberanikan diri untuk cuba survive alone di tempat orang-Temerloh.

Minda ku bersenggama memberikan idea untuk bermalam di hotel murahan untuk hujung minggu itu. Otot refleks ku mengikut kata2 minda tanpa bantahan mungkin kerna perasaan ingin mencuba menguasai diri. Rondaan di Pekan Mentakab menemukan aku dengan Hotel London. Sumpah aku tertarik dengan nama itu sambil membayangkan kemegahan hotel selari dengan nama yang dibawanya. Jauh panggang dari api, Hotel London yang dicadangkan oleh mata hatiku ini hanya hotel bertaraf 2 bintang yang hanya mempunyai kelengkapan asas sahaja-katil, bilik air, dan selipar jamban.  Terus check-in dan melabuhkan badan yang agak letih ke atas tilam usang. Saling tak berubah mcm menginap dalam asrama murahan. Haha. Kos penginapan RM28.oo semalam. Kalau dah namanya Mentakab, jangan mimpikan kemeriahan malam seperti Danau kota atau pekan Senawang, bandar mati seawal jam 10mlm membiarkan malam ditemani dengan pancuran embun. Aku tertido.

Pagi keesokan, setelah menunaikan tanggungjawab muslimin, bersama deruan enjin motokar dan kicauan burung, perut berkeroncong lagi sekali. Sarapan secara bersendirian di Mambang Berulang membawa kenangan baru. Rasa looser sangat kerna bersarapan seorang diri, tapi tidak mengapa, nama pon cabaran bukan?Hidangan pilihan –Nasi lemak telur mata dan teh tarik. Memakan kos RM2.30 sahaja. Gerai makanan serius rare sangat. Kedai papan tetapi mampu menarik ramai pelanggan. Otakku ligat berfikir destinasi seterusnya. Cik H ada sahaja di Mentakab ni, tapi komitmen sebagai seorang pendidik memungkinkan beliau untuk menemani diri ini sarapan.hehe.

Pasar. Hujung minggu pasti ada pasar. Ya, pernah terdengar Bandar Temerloh terkenal dengan Pasar Sehari di persisir sungainya. Tanpa berlengah masa, terus memacu Waja hijau ke arah Temerloh. Tidak susah mencarinya, sekadar mengikut signboard sahaja.

Aku sukakan suasana sesak. Suasana orang tawar menawar. Suasana penjual berusaha melariskan hasil jualan. Itu tabiat yang susah nak dikikis. Pasar Sehari ini merupakan pasar yang dibuka seawal jam 7 pagi sehingga 1 tengah hari. Pelbagai barangan dijual di sini tak kira rupa dan bentuk. Pakaian, barangan dapur, cadar, minyak wangi, minyak tunjuk langit, barangan basah, ikan patin, ayam kampung, kain pelikat, kain batik, selipar, baju bundle, waima yang mencabar minda dan akal fikiran pon ada dijual. Aku mengambil peluang untuk membaca suratkhabar di persisir sungai Temerloh ini. Selang-seli juragan menghidupkan botnya untuk mengambil penumpang dari kampung seberang ke Pasar Sehari ini. Tambang RM1 untuk sehala perjalanan.

Satay minang juga ada dijual di sini. Aku perhatikan, rata2 orang sini menuturkan dialek ala2 Negeri Sembilan. Terdapat beberapa kosa kata yang agak tidak asing bagi aku dengari. Mungkin mereka berketuranan Banjar atau Minang. Its cool.

Untuk berbelanja di sini, bajet yang aku peruntukkan tidak lah semewah mana. RM50 dah boleh beli pelbagai barang pon aku rasa. Cuma, aku kurang bernafsu untuk membeli-belah tapi lebih bernafsu untuk melihat gelagat orang ramai.

Bagi mereka yang ingin mencuba ikan patin, Di sinilah tempat yang paling sesuai dan tepat. Sebaris kedai disediakan untuk mereka yang mahu rasakan Pati Gulai Tempoyak. Bermodalkan RM6 untuk seketul Patin Belaan, dan RM3 untuk air jagung, pasti mampu menggiurkan tekak dan perut anda. Awas, pastikan anda bertanya dahulu harga bagi seketul patin kerana jangan disalahkan takdir jika di akhir suapan nanti, terkejut dihulurkan bil berjumlah RM13,000.00! Itu untuk Patin Buah sahaja.:)

Aktiviti seterusnya memerlukan teman. Boleh mati akal nak travel sorang-sorang di bandar yang asing ini. Cik H dihubungi dan terima kasih sudi menemani diri ini menghabiskan sisa2 hujung minggu.hehe.

Entry agak lari dari tajuk kan? Tapi tak kira, aku namakan sebagai percutian bajet jugak.haha. Mari buat sedikit kira2.

Minyak Waja Hijau : RM 80.00
Tol : RM20.00
Hotel : RM28.00
Makan-minum : RM30.00
Shoping : RM30.00
Total : RM 188.00
Baki : RM 12.00 (masuk tabung belanja kahwin)..haha..

6 comments:

Anonymous said...

ahaha..idup lagi kau alang...punya blog..

iovantgarde said...

idup ar poit..mcm baru belajar buek karangan pon ado gak ni..haha

permatayahbonda said...

wah..jalan2 ngan cik H xmintak izin aku pon ek alang

Anonymous said...

top [url=http://www.001casino.com/]casino bonus[/url] coincide the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]free casino games[/url] unshackled no deposit reward at the foremost [url=http://www.baywatchcasino.com/]online casino
[/url].

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Hafizah Aziz said...

Hye awak 😉