Saturday, February 14, 2009

::Air Panas Gadek dan Kelucahan Melampau::

Tajuk entri sudah agak lucah bukan?Tapi,teruskan membaca kerana entri ini agak sesuai untuk semua golongan.Termasuk untuk mereka yang masih bersekolah rendah mahu pon mereka yang menolak kekerasan dan kekejaman terhadap wanita.. Sebenarnya,aktiviti malam minggu perlu diisi dengan begitu bermakna oleh mereka yang bergelar mahasiswa tahun akhir.4tahun menuntut di Melaka ini,tidak sah kalau tidak mengeksplorasi semua tempat khazanah di Melaka.Takkan pernah cukup aku rasa.Kalau dibukukan sejarah aktiviti 4 tahun belajar di Melaka,boleh ngetop dan laris di pasaran mungkin. Terus ke tujuan asal entri ini ditulis.Tatkala perut kekenyangan dan menghembus asap rokok seharum kasturi, shit program perlu diatur bagi mengelakkan kebosanan.Maka terkeluar lah dari mulut seorang rakan,berasal dari Kelantan menguatarakan cadangan untuk memanaskan badan di kala dinihari.Memasak diri dalam kolam air panas semulajadi dari tanah,terbaik dari ladang aku cakap..Perancangan perlu dilaksanakan,keputusan dibuat.Aktiviti menyundal murni ini disertai geng konvoi 3 buah kereta,minyak payung,tiada kutipan tol mahu pon kutipan wang ihsan pemandu.huh..Air Panas Gadek,tunggu....hausssss(ala2 cerita 300).
Sedikit trivia mengenai Air Panas Gadek ini:
  • Kos nak masuk ke dalam adalah rm 2 untuk kanak-kanak,Jika anda mengaku umur anda 20tahun,tetapi memohon untuk yuran kanak2,sila berhati-hati.Berkemungkinan boleh dapat rate macam tu,tapi kena tanggung risiko dijirus dengan air panas menggelegak di bahagian salur peranakan lah nanti..sakit wo0..
  • Untuk dewasa,Rm4 sudah memadai.
  • Kolam air panas ini adalah secara semulajadi. panasnya.Tiada sebarang unsur boiler digunakan bagi menghasilkan air panas yang bersuhu hampir kepada ? celcius ini.
  • Pastikan anda mencuba kesemua kolam yang terdapat disini.Adalah malang sekali jika anda membayar Rm4 tetapi sekadar mencecahkan kaki separas bawah sikit dari paras buku lali.Bagaimana cagu di kaki itu mahu hilang nanti?
  • Berehatlah sambil membayangkan anda sedang menghadiri kursus terapi sambil diurut oleh gadis2 litar..hahah..superb beb!!
  • Tidak digalakkan untuk berendam secara berterusan selama 4 jam tanpa henti di dalam kolam itu.Memadai beremdam selama 20 minit untuk satu2 sessi.Selang selikan dengan senaman ringan seperti memutarkan kepala sebanyak 40 darjah ke,goyang pinggul ke ataupon berlari2 anak setempat.Kemudian,sambung balik berendam.
  • Cukup.Mahu lebih,alami sendiri.
Jam 4pagi,kelihatan hero-hero remaja berposing seperti untuk majalah Mangga bukan?Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas.Mak aku dah pesan,jangan tangkap gambar awal2 pagi.Terdapat sosok2 putih mengkaburi sebilangan besar foto di atas.haha..Itu hanya gurauan.Sosok putih yang baekkk punya dinikmati bersama..kih2..hermmm..Lucah kah foto ini ya?Anda menilai.
Aku dengan rasa takzimnya,mencalonkan member aku sorang ni,yang mempunyai jiwa kental,semngat juang yang tinggi,hampir menyamai semngat juang Ong Bak 2,layak menerima Anugerah Lelaki Maskulin 2009.Bukan Anugerah Lelaki berkulit tebal ye.Anda layak bertanding untuk Hero Remaja atas tiket bernai menyembamkan muka dalam air panas tanpa ada rasa segan silu.Nak bergambar punya pasal,suhu air yang hampir boleh menyebabkan telur ayam menjadi separuh masak pon anda redah..Hang memnag stylo Wan!!sila beri tepukan ye sambil anda meneruskan bacaan entri ini.
Suka untuk diingtakan,bahawa ini bukan Party Gay ye.Semua nya lelaki sejati yang boleh diberi kepercayaan untuk menjadi ketua keluarga kelak.kih3..Layanzz..Badan diselimuti dengan haba yang extravaganza,suhu air telah berjaya membuatkan lenguh kaki,sendi di tulang pelvis,rasa ngilu di bahagian trakea dan kaki rasa bebrat sebelum ini hilang hampir 80% rasanya.sangat mujarab untuk menbhilangkan rasa sengal2 sendi dan otot.Untuk penghidap selsema ,selsema anda tidak akan hilang ,tapi boleh kurang rasanya.
Lihat,asap mengganas.Kamera cikai kepunyaan aku tidak mampu untuk mengatasi tahap ketebalan asap tersebut.Tapi,ayukah insan yang betuah di atas??hahaha..atas permintaan ramai tu. Sekian,harap2 dengan entri ini bakal melayakkan aku untuk menerima Anugerah Blog Terjah 2010 dari En Ajib..hahaha. p/s:Tekanan tul N9 kalah ngan Perlis malam ni..

4 comments:

sHe pHa said...

wow.
begitu maskulin kwn2 anda.
seksi juge.
knalkan yg single sorg.
sian cik shepha yg menawan dh lama single.kuikuikui

razifmustapha said...

boleh tahan ko punya terjah ni, nak kena hupdate bloh terjah lucah 2009 ni. hahahha. posing sumer separuh bogel.

iovantgarde said...

to shepha:
lelaki maskulinitu rakan matrik anda bukan?beliau duk penaga..ape lagi..mau no tipon kah??haha

to ajib:
hooyeh..ade chance dapat award tak??haha..separuyh bogel tu..kental je letak dlm blog..

AiEM said...

mmg maskulin tp xde shape..sume straight cut..hahaha