Thursday, February 12, 2009

::Bola Sepak Malaysia::

Salam kepada semua pembaca tegar blog iovantgarde's terroritory ini.Hari ini,bukan lah tidak ada kerja untuk dilakukan,bahkan test subjek engineering Ethic Ir Talib perlu dihadap malam ini.Malas sungguh untuk mengulangkaji pelajaran memandangkan format soalan adalah A,B dan C.Tidak pasti sama ada wujud pilhan untuk jawapan D atau pon tidak.Apa dikisah,yang penting,teknik menembak ala2 menggunakan sniper model Tippmann 98 dikala jawapan tidak menjelma di kotak fikiran akan dipraktikkan..hehe..doakan aku berjaya.
Terus ke matlamat sebenar entry ini di posting.Aku rasa terpanggil untuk bercakap mengenai bola sepak Malaysia sekarang ini.Jujur aku cakap,aku bukan lah pemain bola yang hebat beraksi di ranjang padang,untuk mendapat kepercayaan rakan2 sepelajaran ketika bermain bola di padang pada waktu petang pon jarang sekali.Lebih baik menjadi penghias padang dengan cara berlari keliling padang,mengelirukan pertahanan pihak lawan dengan gerakan2 berbisa aku. Hari ini,ketika membaca surat khabar atas talian tajaan Streamyx ini,aku terbaca satu laporan berita yang dikarang oleh wartawan Harian Metro.Izinkan aku untuk copy paste segala perincian laporan tersebut.

KETIKA kebanyakan negara Asean lain mengalami proses kenaikan ranking dunia sejak kebelakangan ini, nasib Malaysia berada sebaliknya. Berdasarkan kedudukan terkini yang dikeluarkan dalam laman web rasmi Fifa semalam, ranking Malaysia terus menjunam dari 158 kepada 161. Berbanding dengan negara jiran, Thailand melonjak tujuh anak tangga kepada 117 manakala Singapura meningkat empat anak tangga kepada 131. Turut mengalami situasi sama ialah Vietnam yang naik tiga anak tangga kepada 135, Indonesia pula naik tujuh anak tangga kepada 137 dan Myanmar pula jatuh dua tangga kepada 158.

Sementara itu, juara Eropah, Sepanyol kekal di ranking pertama dunia meskipun kurang beraksi di peringkat antarabangsa.Kedudukan 10 pasukan teratas dunia bermula dengan Sepanyol, diikuti Jerman, Belanda, Itali, Brazil, Argentina, Croatia, England, Russia dan Turki.
Gambar di bawah menunjukkan tahap prestasi pasukan Malaysia sepanjang 16 tahun di pentas dunia.Di mana Malysia pada tahun 2009 sekarang??

Dapat diperhatikan pada tahun 1993 Malaysia pernah menghuni tangga ke 79 dalam dunia.Tahun 1993 aku baru berumur 7tahun.Darjah 1 di Sek Keb Felda pasir Besar.Tahun tersebut antara pemain yang aku kenal Zainal Abidin Hassan,Dollah Salleh (Pahang),Azman Adnan,Othman Katmon(Negri Sembilan),Azizul Kamaludin(Pahang)sekarang pon beliau masih bermain bola tahu.Adik beradik dari N9, Khairil Zainal dan Faizal Zainal(sekarang bertukar karier dengan bermain golf dah usahawan),Jamsari Sabian,dan Affendy Julaihi,Tony Cottee,Abas Saad,Fandi Ahmad,Christopher Kiwomnya,Seidu Issifu,Bekamenga,Allan bumi Adigun(Kedah)(antara pemain import yang pernah menghiasi persada bola Malysia).

Bukan aku tidak mengenali langsung pemain tempatan sekarang,tapi kurang dikenali dengan sumbangan mereka.Oops,aku terlupa lagenda Supermokh.

Pemain sekarang dibayar gaji hampir RM16,000 sebulan,ada yang Rm18,000 sebulan,tapi kualiti hampir kepada zero..huhu..tidak berbaloi dengan jumlah wang yang dilaburkan untuk tiket masuk stadium.Mereka lebih popular dengan gosip yang dicipta sendiri.Aku tak maksudkan aidl Zafwan tidak bagus,hehe..tapi sumpah aku cakap,kalau lah Badrol Bakhtiar dari Kedah dengan Bunyamin Omar tak dihantar berlatih kat Chelsea 2 tahun lepas,sampai sekarang aku tak kenal mereka.

Bukan semua pemain Malaysia tidak bagus,tidak berkualiti.Bakat sudah ada,perlu dipertajamkan lagi.Stamina untuk bermain selama 90minit di atas padang rumput perlu dilatih.Skill hantaran bola perlu diperkemaskan lagi.Jangan jadi seperti berbaik2 dengan pihak lawan diatas padang dahaja.Bola di passing tanpa mengira kedudukan rakan sepasukan.Hangin ar penonton tengok.Jangan salahkan penonton kalau mereka memilih untuk menonton perlawanan bola sepak di layar Maple pasa malam minggu berbanding menonton perlawanan Liga Malysia di stadium. Bola Malaysia tidak boleh dipolitikkan.Campur tangan kuasa politik untuk mendapat nama dan sokongan dari rakyat jelata adalah idea lapuk untuk menjadi terkenal.pengurusan bola sepak negeri septutunya diuruskan oleh mereka yang mempunyai basic Bola sepak.Pernah bermain bola di peringkat kebangsaan mahu pon antarabangsa.Bukan ditadbir oleh mereka yang pernah belajar di Oxford sahaja yang hanya mampu memikirkan taktikal secara teori. Itu adalah serba sedikit pandangan aku tentang bola sepak Malaysia.Aku begitu tertarik dengan nukilan dan pandangan sesorang dari blogger ini,Lucius Maximus.Pandangan dan buah fikiran yang dicadangkan untuk menyelamatkan maruah bola sepak Malaysia adalah sangat bernas.Bleh dipraktikkan,Adalah tidak mustahil untuk menyksikan Malaysia beraksi di pentas Piala Dunia pada edisi yang akn datang.Aku pernah bermain footbal Manger 2008 dan berjaya membawa Pasukan malaysia ke Piala Dunia 2018 dan 2022.Keyplayer paukan Malysia dalam team itu adalah Halim Zainal dan bermain untuk kelab Aston Villa.Wujudkah beliau ini?Tidak mustahil bukan?Liga malaysia boleh menjadi tumpuan untuk pemain luar beraksi,sama seperti J-League dan K-League. Aku sayang kan bola sepak Malaysia. trivia: Kenapa bola sepak dimainkan selama 90minit?Mengapa tidak digenapkan sahaja ke 100minit?itu menarik bukan? p/s:Aku sangat suka jika kalian meninggalkan entry ini sengan menyatakan nama2 pemain Malaysia zaman dulu yang pernah korang ingati.Import ataupon pemain tempatan.Siapa ek mereka??

6 comments:

AFIF-SAN said...

panjang sgt, sebbek aku sudi bace...
emm..aku rase ko lagi layak wakil mesia la....ko lebih berwawasan.. kaki tu boleh dibetulkan ketika latihan..huhu...

iovantgarde said...

wah..thanx 4 d compliment..
tu ar pasal..aku rase nak men utk msia gak,tapi nak wakil sekolah dulu pon karim ngn ustad amin tak pandang..ni kan plak sathianathan..dulu ar..haha

idatazira said...

menyampuk:
best ke bola.
maen bola jadi busuk.
hoh

AFIF-SAN said...

ade..bole jek ko nak main...tajamkan sket lagi serangan ko...kekeke..

cik sekda, main pape pon xbusuk...
jogging atas katil pon busuk peluh2...

k0m4nd3r said...

Aaaa.. panjang nye... hohoho

iovantgarde said...

klu ikutkan,abaikan aje 12 page karangan luximaximus tu..best gak pendapat die..

to cik sekda:jgn lupe,abg T*rek (bukan nama sebenar)anda juge bermain bula tahu..huhu

hara2 sathia panggil aku main utk msia nanti..kih3