Saturday, December 6, 2008

::Sunway lagoon~Destinasi ku di musim cuti::

Fuhh..berabuk aku tinggalkan blog ini tanpa sebarang hasil nukilan terbaru.Rindukan tentang entry dari aku bukan??Harapnya jawapannya adala YA!!bukan begitu Cik H...hehe..Sepeninggalan aku dari dunia blog ini bukan lah aku merajuk kerana ketiadaan pisang goreng di kala cuti ini,tetapi aku mengembara ke seantero negeri untuk mencari sebarang bentuk hiburan yang masih di dalam batasan kehidupan insan biasa.Cewahh..

Tengok pada tajuk entry,sudah semestinya aku menghabiskan masa senggangku bersama adik beradik ke satu destinasi yang menjanjikan hiburan tahap maksimas.Kalau kena sponsor masuk Sunway Lagoon,siapa yang mahu menolak rezeki kan??Thanx to Along sebab membelanjai segala jenis material yang menggunakan wang sebagai ejen pertukarannya,(tidak termasuk penginapan ye)..

Tidak sah kalau moment-moment happy tahap maksimum ini aku abaikan tanpa sebarang hasil tangkapan gambar kan?So,berbekalkan (seperti biasa),kamera benQ 8.0 megapixel aku,segala macam aksi dan keletah,yang bahagia,yang extream,tetapi masih dalam batasan pergaulan,tidak mengghairahkan mana-mana pengunjung Sunway Lagoon ini akan aku rakamkan untuk ditangkap muat dalam blog ini.Abaikan gambar di atas jika anda rasa meluat dengan pose tersebut-memandang ke langit sambil diperhatikan oleh Encik Itik Berbosour..

Tag tgn yang agak moden,selalunya kalau pergi mana-mana Lagon,diorang kasi tag yang jenis melekat .Hamek,kali ni,jam terus di bagi eh..Atas permintaan adikku,gambar ini ditangkap ekoran kejarangan untuk berhibur di tempat seperti ini lagi.


Tanpa ada sebrang kesalahan dilakukan oleh PakCik ni,aku telah mencekik beliau.Tanpa rasa segan silu.Sebab aku rasa tak termaktub dalam undang-undang Malaysia,apatah lagi undang-undang laut Melaka,adalah bersalah melakukan kekasaran terhadap pencekik patung kan??hehe..Sekali lagi,pose kurang menarik aku hasilkan.Walaupon dah berjuta kali gambar aku di snap secara paksaan atau pon secara sukarela.

Pengalaman menaiki (apentah name menatang ni) "Rakit Berpelampung Madagascar Style" menyusuri terusan Suez mungkin bersama adik-beradik ku yang lain (bakal adik-beradik insyaallah).Kepuasan tahap minimum apabila menyusuri terusan ni,pada hemat aku,alangkah indah jika permainan ini diterbalik-balikan 360 darjah,membasahi segenap anggota badan,tanpa ada sebarang perasaan belas kasihan..hahaha..

Koleksi gambar yang sempat di snap oleh kameraku.Masih lagi gagal mengaplikasi teknik menagkap gambar secara candid..huhu..Di akhir kembara,kepalaku sudah pening,perut memberontak mendambakan sebutir makanan,kali lenguh mahu diurut oleh Ogawa,badan letih mengharapkan tangan2 adik manis untuk mengurut,huhu..RM48 adalah sangat berbaloi dilaburkan untuk tujuan berhibur sakan seperti hari ini..Aku gumbira~~




Pareto:Bagus2..Cuti-cuti Malaysia.Bila nak g melawat Kg halaman Pareto plak?kat Uganda Timur je..

9 comments:

Anonymous said...

Wahhh!! apa barang dalam Msia je.. isnin besok gua pergi Syria lah.. wohoho... leh main Salji.. wakakaka

Anonymous said...

wawawawa..seronok nyer!!!

Anonymous said...

to komander:
cet,duit nak gsyiria pon takde lagi,ade hati mau men itu salji ka??haha

to catt:
yup..beronok2 aku hari tu..ak cadangkan ,bmcs g sunway..murah pon murah..hahaha

Anonymous said...

best gler jenjalan. aku jugak yg xda cuti sem ni. da start li da. :(

Anonymous said...

Duit ade, xleh nk transfer.. CIMB Bengong.. hohoho.. petang ni p sat lah..

Anonymous said...

To adil:
ala..time LI pon ade cuti gak kan?best ape LI..hahaha

Anonymous said...

wah kemain njoy lg knk2 riang yg encem ni ek...aktvt anda ini tnyata bleh mendatangkn jeles...siap disponsor lg..huk3..
snwy lgn sudh kaya skrg...siap bg jam 2..ms g bln jan lps stil bg tag yg melekat 2...lalalala~~

Anonymous said...

cik penguin sgt jelesh ye??ape kate kite prgi snway lagn bersama2,lalu mencilok jam sunway lgn itu yek??hehe

Anonymous said...

seronok ko b'cuti...