Wednesday, November 19, 2008

::Makan Hangin di Tg Bidara::

Dengan bangganya,entry ini tanpa segan silu akan memaparkan segala macam bentuk dan aksi yang kurang sesuai untuk dipertontonkan kepada tatapan umum terutama bagi kanak-kanak yang masih belum baligh mahu pon sedang untuk mereka yang baru mendapat keputusan UPSR yang kurang memberangsangkan..haha..

Seperti menjadi acara kewajiban untuk mereka yang berada di akhir semester atau pon akhir tahun,acara-acara sebegini akan dianjurkan bagi tujuan merapatkan ukhwah dan silat Cik rahim antara pelajar itu sendiri.Dah 4 tahun belajar sama,masih ada lagi mereka-mereka ini masih lagi macam malu-malu kucing untuk bertegur sapa,bergurau senda,bercanda girang dan bertepuk tampar (ini tidak digalakkan kerana bisa membawa kepada putus sahabat tu).Aktiviti ini diharapkan mencapai objektif utamanya iaitu:

  • Beraksi seperti kanak2 girang walaupon masing2 dah menginjak ke umur 23,24,26 dan 32 tahun (semestinya Razak).
  • Bermatlamat untuk mengerjakan 15ekor ayam yang bukan dipotong dadu,tetapi di potong 8 dengan berbekalkan air oren sebalang.
  • Memaksa Ameenah untuk membuat Mee Goreng sebagai santapan di kala mulut dipenuhi dengan air laut yang masin.
  • Agar Adam Wong (the only chinese+ Fong Yee Siang) untuk join aktiviti budak2 melayu kelasnya tak tak berapa ok dari segi mental,tapi IQ mantap ..haha
Pengumpulan kanak2 riang BMCS di Tg Bidara merupakan destinasi pilihan kedua selepas cadangan Razak dan Azreen untuk menikmati desiran air terjun Sagil tidak dipersetujui Wan Penang dan Amer..kah3..ak men petik je name budak2 ni kan..Nikmati lah sesi photoshoot a.k.a photogediks atau pon photoholic di kalangan kanak2 ini.

~anak dara BMCS yang separa matured ketika ini~

Dengan mengenakan pakaian yang sopan,dan tidak memberangsangkan mana2 jejaka BMCS yang lain,gadis-gadis ini melakukan aktiviti sesama mereka tanpa perasaan segan dan silu.Maybe ade perasaan segan silu itu jika berada di depan rakan2 lelaki mereka,Maklumlah,mereka ini perempuan.Market perlu dijaga.haha..Tapi,akibat keghairahan tidak dapat dibendung lagi,aksi sebenar mereka-mereka ini kelihatan dari jauh.Mak cik yang menjaga parking pon menggeleng2kan kepala apabila mereka melakukan aksi di luar batasan dan norma kehidupan manusia biasa.

~Lompat bintang ke lompat kijang ni??~

Dimana aksi teruna-teruna (selain Razak) BMCS ni?Ya,,panggilan Pulau Sebensah (wujudkah nama pulau ini) telah menguasai nafsu nereka.Ekoran jarak rumah sewa yang jauh dari kewujudan laut telah mengakibatkan mereka semua memilih untuk berkemban ala2 gadis Mexico yang kelihatan di persisir pantai untuk terjun ke dalam laut.Panas mentari tidak dihiraukan lagi,yang penting puas dari segi untuk menghumban rakan2 yang cuba membuat onar dengan kaum Hawa,yang gatal2 datang pantai tapi taknak mandi,yang datang pantai tapi tak bawak seluar atau pon baju spare,,semua bakal jadi mangsa buangan dan humbanan budak-budak laki yang sasa.

~Lelaki terhangat di pasaran~

~Kaget di depan kamera membuatkan masing beraksi malu2 kucing,,cet~

Hidangan?Ok lah~~~harap2 tak terbuang segala-galanya bila otw pulang nanti.Ayam BBQ separa masak,Hot Dog (hanjing panas) yang dipanggang pada tahap maksimum,Kentang putar,Coeslaw,Sayur Campur( hidangan ini merupakan hidangan KFC,maka tiada di BBQ semalam)..hahah..tapi,enjoy n layan je..Tidak menjadi masalah kepada Ahmad Naim untuk menghabiskan kesemua hidangan tersebut.Credit to Ameenah kerana bertungkus mulus untuk menyiapkan hidangan 38 kanak2 riang ini.Kata Amer" Mee boleh tahan lah,tapi tak sedap pon,tapi dah lapar kan..saye makan je lah kan"..sekali lagi kata2 dipetik dari sumber yang boleh diragui.

Aksi perenang negara yang baru mendaftar sebagai atlit decalthon untuk Iron Man Chalange 2010 di Pulau Kapas,boleh dilihat pada gambar di bawah.Sungguh menyeronokkan bukan??


Secara keseluruhannya,aktiviti ini telah berjaya mengeratkan ikatan Silat Cik Rahim antara BMCSian ini.Tidak ada aksi2 di luar batasan ranjang mata diperlihatkan,melainkan cuma kelihatan beberapa urat kepala dan kaki tersembul ekoran keletihan berenang dan bermain bolasepak pantai.Tahap disiplin pelajar masih di tahap optimum di mana,kesemua sampah dikemaskan,mempunyai sifat kebinatangan yang tinggi iaitu dengan cara memberi para Monyet makan lebihan makanan dan tidak melakukan perbuatan2 yang melampaui batas..sikit2 tu kira lelap mata je lah ek..hahah..See u next time..


p/s:lagi gambar,sila klik SINI.



Pareto: Aku mahu tembak Wan Penang!!

9 comments:

catt said...

kenapa kah anda nk tembak wan penang?

lagi satu, kenapa photobucket ko xleh bukak pon..siap mintak username n password lg..

d3v073d_50uL said...

Yup yup yup

aku try masuk...die soh login...

iovantgarde said...

huhu..sekali lagi kesilapan teknikal..lemah tul IT ak nie..aku dah repair..try klik tgk..

Seyn said...

comey gile pak omaq.haha

iovantgarde said...

hahaha..itu sudah tentu seyn..beraksi comel di persisir pantai..haha

paknat manje hahah said...

sepatutnya wat nasi goreng ke nasi minyak ke mkn ngan ayam bbq bru bes...ni wat mee mana bes..tepaksa repeat mkn nasi lak pas2...

iovantgarde said...

kos hidup tinggi kot nat..mane ade bajet untuk wat nasi goreng..huahuahua

razifmustapha said...

kuat gile ko bergambor skang ek ? haha

iovantgarde said...

haha..itu standard..di mana ade kamera,wujud jasad ak dalam kamera tu..haha..tapi senjata ak tak power mcm nikon ko..huhu