Selamat Hari ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini am nya dan kepada mak diriku yang berada di Seremban sana,semoga senantiasa berada di bawah lembayung naungan kasih dan limpahan cinta dari Ilahi.
Genap tanggal 22 Febuari 2009 lepas,cukup umur aku berusia 23 tahun di muka bumi ini.Terima kasih kepada mak yang telah bersusah payah mengandungkan diri ini membawa ke hulu dan ke hilir selama 9 bulan 10 hari.Mintak maaf kerana diri ini tidak sabar melihat dunia ini yang memaksa mak melahirkan awal daripada tarikh jangkaan.
Pengalaman mak mengandungkan diri yang seberat 2.75 kg ini berakhir pada jam 5.04pagi tanggal 22 Febuari 1986.Mak bertarung dengan nyawa sendiri bagi memastikan anakmu ini selamat untuk melihat dunia.Dapat dibayangkan titisan manik air mata yang suci mengalir di pipi tatakala melihat diri ini menangis kerana takut dan gelisah melihat dunia yang tersangat asing untuk diri ini.tatkala itu,mak mendakap diri ini lalu memberikan ciuman yang pertama sebagai tanda mensyukuri kehadiran cahaya mata ketiga mak ini.
Kini,umur anak mak ini menjangkau 23 tahun.Menanti masa untuk membalas segala jasa yang telah mak curahkan.Segala perit jerih yang telah mak laburkan.segala pahit maung yang telah mak lalui selama membesarkan diri ini.
Terfikir di minda ini.apakah diri ini mampu untuk menerima takdir jika Ilahi memanggil mak menghadap diriNya dahulu sebelum waktunya.Diri ini belum puas untuk merasai bahagia dengan segala kasih sayang yang diberikan.Apakah diri ini mampu untuk mengimbau segala kenagan yang telah dilalui bersama selama mak di muka bumi ini?Takut memikirkan bagaimana jika pada suatu hari nanti menerima berita ynag kurang menyenangkan,perkhabaran berita dari jauh di sana.
Tidak pernah kulit ini disakiti leh emak.Tidak pernah diri ini dicubit mahu pon dipukul oleh emak.Yang ada hanyalah sedikit teguran dan ingatan untuk mengajar diri menjadi insan yang lebih berguna pada masa depan.Kegigihan mak untuk mendidik diri ini terbukti dan mendapat balasan apabila anakmu ini berjaya menghabiskan pendidikan nya di peringkat Ijazah Sarjana Muda.Hanya itu yang mampu diri ini lakukan untuk menerbitkan sekelumit senyuman kegembiraan di bibir mulus mak itu.
Doakan agar anakmu ini sentiasa berjaya dalam hidup dan berjaya mendapat apa yang dihajatinya .Sesungguhnya,saban hari saban tiap saat dan ketika,kedut di muka semakin hari semakin menjengah dan menandakan umur mak semakin bertambah.Diri ini mendoakan agar mak sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya.
Rakan-rakan kalian,sayangilah ibu anda sementara mereka masih lagi bernafas di muka bumi ini. Hargai mereka,kasihi mereka,doakan kebahagiaan mereka.
Aku sudah tidak dapat tahan.Menulis entri ini memaksa aku untuk menangisi segala kesilapan yang telah dilakukan sepanjang hidup ini.Mak,Alang sayangkan mak!!Terima kasih atas segalanya.
