Tuesday, April 19, 2011

::Nasi lemak dan Obesiti::

Tadi, aku menikamati hidangan nasi goreng cina berserta telur mata kerbau sebagai hidangan makan malam.Sambil dihidangkan dengan siaran langsung berita di TV3, ala berita yang benar sekali tu. Ketika awek depan meja aku nak menjamah kuew tiaw sup beliau, ketika ada seekor kucing cuba menggoda aku dengan geselan bulu-bulu halus di kaki ku ini, berita yang ditayangkan cukup mampu membuatkan urat ketawa ku terkehel. Nasi lemak menjadi punca masalah obesiti kepada kanak-kanak sekolah. Amek ko ubat. Tak pasal-pasal, nasi lemak dipersalahkan dalam hal ini. Sungguh prejudis. Mari kita mengkaji apa kandungan yang terdapat dalam nasi lemak itu sendiri. Then baru lah boleh nak salahkan punca utama obesiti di kalangan murid sekolah ni berpunca dari nasi lemak kan?

Ok. kajian yang aku buat, nasi lemak yang biasa (yang boleh dibeli dengan harga RM1.50) terdiri daripada bahan berikut. Nasi yang dimasak dengan santan, kacang tanah, ikan bilis, mentimun, telur rebus dan daun pandan(kes ni terjadi kalau makcik jual nasi lemak tu tengah rushing gile). Tidak dinafikan nasi lemak sebagai sumber karbohidrat yang tinggi, ikan bilis sebagai pembekal kalsium kepada badan dan mentimun sebagai sumber vitamin. Kalau makanan ni kita ambil sekadar perlu, aku rasa tak menjadi penyumbang yang besar pon kepada obesiti di kalangan murid sekolah. Apa lah sangat nasi lemak di kantin sekolah, setakat mampu terselit di celah gigi sahaja bukan? Jadi, apa punca  obesiti ni rasanya?

Ya, punca yang aku rasa sebagai penyumbang besar obesiti adalah kehadiran dan lambakan cekedis2 yang berpeleseran di luar pagar sekolah. Keropok ikan, Tam-Tam, Tora, dindang, JOJO, asam boi, asam isap, asam lipstik, aiskrim pop, aiskrim batang, mamee, dan seantero dengan mereka. Bayang kan kandungan dalam bahan perasa kesemua makanan ringan itu ditelan dengan semberono oleh pelajar2 yang baru nak naik tu. kalau aku ada anak, takkan aku ajari mereka dengan makanan ringan seperti itu sebagai teman sepanjang zaman. paling kurang pon, aku bekalkan oat dalam beg sekolah.ok tak?haha..

Katakan lah eh, diorang makan semua makanan tu kan. Pastu lepas rehat sambung untuk sessi pembelajaran lagi. Perut tengah mendap ni. Dipaksa pula untuk menghafal segala macam teori yang aku rasakan sukar untuk diterima pabila kepala dah khayal dengan kucupan dan kenikmatan asam isap tadi kan. Mata seakan kuyu menanti disorongkan bantal sahaja. Waktu petang, aktiviti koko tak diwajibkan ke atas setiap pelajar rasanya Itu penyumbang obesiti yang paling besar tu. Mana tak nya, bagi pelajar yang aktif bersukan, conform2  lah acara sukan sering dinantikan ye tak?Tapi kalau badan dah tak larat diangkat oleh kaki, tangan dah sama besar dengan peha, apa lagi. Balik rumah, tidur lagi bagus. Sila jangan amalkan gaya pemakanan seperti ini kalau tak mahu perut anda membusung pada keesokan hari. Aku pon ambil perhatian benda ni tahu.

Kesimpulannya, jangan lah Marahkan Nyamuk, Kelambu dibakar. Kerana Obesiti, Nasi Lemak disabit bersalah. Kajian mendalam perlu dilakukan sebelum melaksanakan penjualan nasi lemak 2x seminggu di kantin sekolah.   Ibarat menutup periuk nasi para pengusaha nasi lemak pula jadinya. Nak harapkan nasi lemak mereka dijual di Petronas berdekatan haram tiada orang nak beli kalau sebungkus nasi lemak daun pisang nasi secawan mencecah  RM3.00 kan? Bersama renungkan.

p/s : Dulu belanja sekolah bawak RM1 duit syiling dah boleh diiktiraf sebagai anak Dato' dah aku rasa. Mewah kot makan waktu rehat. Sekarang sangat berbeza bukan?
gambar sumber ehsan google

3 comments:

Farie said...

aik, muncul2 cerita pasal nasi lemak?

good to see you back.. :)

iovantgarde said...

hehe..tengah nak cari mood tulis blog, inilah kesannya..kih3

diana@dayen said...

waa......alang dah kembali yer...hehehe