Friday, September 3, 2010

Mood Hari Raya

Salam semua. Hari ni 3 hb September 2010 hari ke 24 puasa. Puasa aku cukup setakat hari ini melengkapkan diri aku untuk bergelar lelaki sejati. Hehe. Kekok menaip setelah sekian lama tidak menulis mungkin akan menyebabkan beberapa kosa kata tersasar dari segi maksudnya tapi tidak mengapa, kerana ada banyak yang ingin aku kongsikan dengan kalian. 

Sepanjang setahun aku tidak bergelumang dengan dunia penulisan blog ini, banyak perubahan dalam diri ini. Penggunaan ayat2 mencarut puitis hampir pasti lupus dalam blog ini kerana sumpah aku katakan, sekarang ini kata2 janji2 manis yang boleh aku taburkan untuk kalian. Kalau ayat2 nak ayat makcik jual ikan salai di bazar Ramadhan di Batang Kali ni, aku mengaku aku expert. Mintak seekor dapt dua ekor. Ini kenyataan.

Ok. Kembali topik asal. Minggu depan raya. Anak buah + anak sedara sah2 beratur panjang mendambakan sampul surat berisikan kepingan2 kertas bernilai. Aku pasti, silap haribulan, mak budak ngan bapak budak pon akan beratur juga. Itu bukan sampul duit aku berikan, tapi penampar jepun lah jawabnya. Maafkan aku. Terkasar bahasa di bulan puasa.  Hehe.

Raya2..Duit Raya, Jalan Raya, Baju Raya, Hantu Raya (ini clishe) . Semua bermain di dalam benak fikiran dalam tempoh seminggu ini. Minggu depan rabu malam brother2  di Bazar Ampangan sila tunggu kedatangan aku dan adik2 menghabiskan duit untuk kalian. Sememangnya mood raya sudah terasa sekarang. Petang ni, Kak Min yang duduk sebelah meja aku  pon dah start cuti balik Serting . Sadis betul bila nak apply cuti awal tapi kena reject. Aduiyai.

Ya, sekarang aku sudah berkerjaya. Bermaustautin di Batang Kali , Selangor. Jadi warganegeri Selangor sekarang, tapi ingat, N9 Hoben Jang Hoben tetap di hati. Hehe.. Bekerja hampir setahun, mempunyai rumah sewa dan kereta (ini perlu dinyatakan kah). Suri hati?? Itu rahsia. masih ingat Cik H yang pernah bertahta di hati ku dulu? Sekarang masih lagi blushing2~ . Benar kata orang, bila umur meningkat ni, fikiran pelu meningkat. Ye lah, Belajar dah betringkat2 tingginya, takkan bengap pon bertingkat2 jugak kan? Matlamat dan wawasan hidup sudah di set. Hanya perlu di capai sahaja. Doakan kami ya. hehe..
ok, sudah jam 5 petang, aku mahu pulang. Akan menyusul lagi pada masa akan datang.

Pesanan officemate aku, OPS Sikap sudah bermula. Sayangi lah RM300 anda. Boleh buat modified kereta atau pon tukar Rim Sukan 17". Hehe. Selamat berbuka Puasa.

Cik H, bawak kereta perlahan2 ye.


No comments: