Wednesday, May 6, 2009

::Sumpah aku tak sanggup repeat mana2 sem::

Alhamdulillah.Siang tadi berjaya mengharungi liku-liku akhir sebagai seorang pelajar tahun akhir lulusan UTeM ini.Seakan tidak percaya pada diri sendiri bahawa diri ini akan bergelar Jurutera juga akhirnya.Maka,dengan ini,aku umumkan,kepada mana-mana ibunda kepada anak dara sunti diluar sana,pastikan dara sunti ya,dara terlajak (bukan tidak dilayan,tapi belakang sikit,hehe) anda semua bersedia untuk dipinang aku.Siapa yang mahu bermenantukan seorang bakal graduan UTeM yang pakar dalam hal-dhal teknikal,ha,,anda tidak silap.Saya lah orang yang sesuai dengan anak Mak Cik Semah tu.haha

Entah apa yang dingomelkan oleh aku saat perbentangan petang tadi pon tidak tahu.Yang aku pasti,panel berpuas hati dengan hasil kerja 12 bulan aku itu.Lihat saja entry di atas,kagum bukan?Kalau kalian tidak kagum,tidak mengapa.Hanya jauhari yang mengenal manikam.Diharapkan aku mendapat berkat dan kejayaan lebih baik di hujung2 sem ini.Kalian doakan juga tahu.

Yang pasti,tiada aksi panel berwatakkan seperti harimau yang kelaparan pon.Itu sudah cukup.

Arghh..Tiba-tiba perasaan hiba menjengah tiba melanda diri ini.mana boleh.Sebagai lelaki yang paling macho dalam UTeM (hahaha) ni,mana bleh menitiskan air mata bukan?Banyak perkara akan dirindui selepas ini.Aku mahu rekodkan satu persatu sebagai tanda aku cintakan alam pendidikan.

Aku pasti merindui sahabat nanti.Rakan perosak bangsa,rakan pendingin suasana,rakan pembakar semangat waja,rakan main bola,rakan bermain futsal,rakan ke pasar malam,rakan Blogger,rakan rakin?ade ke?,rakan sepertidoran,rakan semaple'an,rakan corp,perghhh..awek jual cekodok pisang di hujung taman perumahan ini pasti akan merindui aku.Tak mengapa dik,habiskan SPM dulu,kalau tak lepas,teruskan menjual cekdok pisang.Boleh berjaya juga,bukan??cewah..

Aku ingat mahu membuat entry pasal Kampus Induk UTeM.Tetapi lain kali lah ya.Ada urusan sedikit.Sehingga kini,selamat tinggal Dunia semua..hehe

p/s:Budak kos aku akan buat dinner Gala Nite Khamis nanti.Tema dinner adalah "Bohsia Bohjan Melaram di Hotel Blink-Blink".Aku yakin,pasti akan ada tranformasi yang ketara di antara rakan-rakan nanti.Pasti ada yang mengalahkan artis Malaysia melaram nak pergi Anugerah ABPPH di Genting Highland.Tunggu dan lihat sahaja.

16 comments:

sHe pHa said...

saye anak dara.
tp sudah tidak berapa sunti.
sudah dewasa mungkin.
ya graduan UTeM mmg hebat.

iovantgarde said...

@sHe pHa

hah?tidak tidak berapa sunti?
wh..bagus2..nyatakan resume sy kepada ibu anda ye..hehe

Katijah said...

geli tekak je bace 1st paragraph tu... =P

***semuge berjaye menjadi jurutera terhebat tidak lame lagi dan menjadi menantu makcik Semah sedikit mase lagi***

iovantgarde said...

@Katijah

ko geli sebab ko bukan anak cik semah tu kan..haha

nway,,thanx..sesungguhnya dunia pekerjaan mcm lagi horror je..huhu

Mohd Nurul Amin said...

present BM ke alang? senang gler.. ako kena present kt lecturer Indon sorang lecturer pakistan sorang, pastu engineer dari kompeni mane ntah sorang.. huhuh

iovantgarde said...

@Mohd Nurul Amin

haah.sebb panel aku lectrer utem je..lagi pon projek aku dalam BM gak..tak wat BI pn..asalkan k paham ngn projek ko,ok je aku rase..huhu

k0m4nd3r said...

Patut la angah carik baju marron tu xde kat umah,.. ko yg rembat rupenye.. hohoho

iovantgarde said...

@k0m4nd3r

hoho..ye ke?mane ade ar..ni baju kawan kot org pinjam..haha

k0m4nd3r said...

Anda telah di tag

AwienSyahirah said...

ya allah
tema gala nite dye sumpah lawak
hahaha
btw thniah sbb da abes blaja
;)

iovantgarde said...

@k0m4nd3r

arghh..tag lagi ke??hutang dulu lah ek..hah

iovantgarde said...

@AwienSyahirah

hehe,,tu sekdar tema je..budak2 nye sopan mengancam..kih3

afifsempoi said...

baguslah sebab sudah ade sedikit perwatakan dewasa encik alang... sesungguhnyer dunia pekerjaan sangatlah kjam, trutama org2 tknikal seperti kita...adussss...

iovantgarde said...

@afifsempoi

Nak taknak kena hadapi dgn tenang..huhu

~huzaimah~ said...

waaah.. tahniah kerana berjaye mengabeskan pengajian. =) aku ade baki setawon lagi. adoi ai..

ayat2 prasan ko "anda semua bersedia untuk dipinang aku" mmg xbleh blah. selain blaja engineering, mungkin kat utem tu ko ade blaja utk jadik penulis majalah ujang jugak kot. haha.. kalo xdpt keje engineer, pi la apply kat ujang. konpem dapat. haha

p/s: cik H ko tu mak dia name Semah ke?? huahuahua..

fArAh07 said...

gud luck then
;D
tumpang lalu ye