Saturday, May 9, 2009

::Selamat Hari Ibu,Emak::



Selamat Hari ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini am nya dan kepada mak diriku yang berada di Seremban sana,semoga senantiasa berada di bawah lembayung naungan kasih dan limpahan cinta dari Ilahi.

Genap tanggal 22 Febuari 2009 lepas,cukup umur aku berusia 23 tahun di muka bumi ini.Terima kasih kepada mak yang telah bersusah payah mengandungkan diri ini membawa ke hulu dan ke hilir selama 9 bulan 10 hari.Mintak maaf kerana diri ini tidak sabar melihat dunia ini yang memaksa mak melahirkan awal daripada tarikh jangkaan.

Pengalaman mak mengandungkan diri yang seberat 2.75 kg ini berakhir pada jam 5.04pagi tanggal 22 Febuari 1986.Mak bertarung dengan nyawa sendiri bagi memastikan anakmu ini selamat untuk melihat dunia.Dapat dibayangkan titisan manik air mata yang suci mengalir di pipi tatakala melihat diri ini menangis kerana takut dan gelisah melihat dunia yang tersangat asing untuk diri ini.tatkala itu,mak mendakap diri ini lalu memberikan ciuman yang pertama sebagai tanda mensyukuri kehadiran cahaya mata ketiga mak ini.

Kini,umur anak mak ini menjangkau 23 tahun.Menanti masa untuk membalas segala jasa yang telah mak curahkan.Segala perit jerih yang telah mak laburkan.segala pahit maung yang telah mak lalui selama membesarkan diri ini.


Terfikir di minda ini.apakah diri ini mampu untuk menerima takdir jika Ilahi memanggil mak menghadap diriNya dahulu sebelum waktunya.Diri ini belum puas untuk merasai bahagia dengan segala kasih sayang yang diberikan.Apakah diri ini mampu untuk mengimbau segala kenagan yang telah dilalui bersama selama mak di muka bumi ini?Takut memikirkan bagaimana jika pada suatu hari nanti menerima berita ynag kurang menyenangkan,perkhabaran berita dari jauh di sana.

Tidak pernah kulit ini disakiti leh emak.Tidak pernah diri ini dicubit mahu pon dipukul oleh emak.Yang ada hanyalah sedikit teguran dan ingatan untuk mengajar diri menjadi insan yang lebih berguna pada masa depan.Kegigihan mak untuk mendidik diri ini terbukti dan mendapat balasan apabila anakmu ini berjaya menghabiskan pendidikan nya di peringkat Ijazah Sarjana Muda.Hanya itu yang mampu diri ini lakukan untuk menerbitkan sekelumit senyuman kegembiraan di bibir mulus mak itu.

Doakan agar anakmu ini sentiasa berjaya dalam hidup dan berjaya mendapat apa yang dihajatinya .Sesungguhnya,saban hari saban tiap saat dan ketika,kedut di muka semakin hari semakin menjengah dan menandakan umur mak semakin bertambah.Diri ini mendoakan agar mak sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya.

Rakan-rakan kalian,sayangilah ibu anda sementara mereka masih lagi bernafas di muka bumi ini. Hargai mereka,kasihi mereka,doakan kebahagiaan mereka.

Aku sudah tidak dapat tahan.Menulis entri ini memaksa aku untuk menangisi segala kesilapan yang telah dilakukan sepanjang hidup ini.Mak,Alang sayangkan mak!!Terima kasih atas segalanya.

11 comments:

Unknown said...

Terharu diriku tika membaca coretan mu kali ini.. hohoho.. sama2lah kita mengingati emak sebagai insan yang membawa kita ke dunia ini.. jadilah anak yang baik, adik yang baik, abang yang baik..ko anak no tiga, ko yg tengah dalam 5 org.. huk huk... sodeh den.. xpat nk tulis lagi..

Shepha said...

selamat hari ibu makcik

idatazira said...

tacing betol anda kali ni.
bagus2.

baek anak mak nih.

iovantgarde said...

@k0m4nd3r

tang abg yang baik tu best tu..bak sini rm400 boleh tak wahai abgku??nak wat belanja sara hidup..haha

iovantgarde said...

@sHe pHa

mak cik ke mak??hehe

iovantgarde said...

@idatazira

sekali sekale mhu bertouching2..kih3

Raya Clearance Sale! said...

aiceh...sampai meleleh air mate dia mase tulis blog ek..

mane tak nye...background lagu die sungguh hiba dan sayu!...


p/s: pesal x leh bukak blog ko dari laptop aku tah? huh.

iovantgarde said...

@Katijah

meleleh air mata ade banyak faktor..menulis blg sambil mengupas bawang merah pon boleh membuatkan mata berair bukan?hehe

tapi memang agak touching kali ini,,

apesal takleh plak?aku rasa laptop ko da mengong n mintak ditukar dengan brand laptop OSIM kot..hehe

penguin said...

awk lahir jam 5.04pg?? kte lahir jam 11.04mlm..eheh.. =p

dpt gaji ptame nnt g la dating dgn mak ye =)

iovantgarde said...

@penguin

owh..awk lahir pada waktu mlm ke?mesti menendang2 perut ibu kan..hehe..kecian ibu..huhu

Imma Yusri said...

salam...
alang kawan afif kan?? maap lar mengganggu... saya imma kawan afif... dah 2 ari sy lost contact ngan afif... xpernah lak jd camni... sekarang dah makin riso... leh alang try contact dia??? tolong lar gtau ape yang dah jadi sebenarnya... sekarang saya dah buntu... xtau nak tanya sapa.. tolong bgtau sy any updated new... alang leh email saya kat izhatul_imma@petronas.com.my atau pun terus sms or call sy kat 013-4195496... mintak tolong sgt2...