Friday, May 1, 2009

::Peribahasa Melayu dahulu kala::

Nak dijadikan cerita,ketika sedang menelaah subjek final exam pada hari Ahad ini bersama rakan2 rumah sewa,salah seorang rakan terbatuk-batuk. Tidak dapat dipastikan bahawa batuk itu disertakan dengan gas haruman kasturi sekali pakej atau pun tidak kerana sambil terbatuk,kelihatan si pembatuk ini tergelak2 menahan sesuatu yang mendambakan erti kebebasan.Angin kentut lah rasanya.

Terlintas di fikiran daku ini,apakah maksud peribahasa orang-orang lama dahulu.Apakah peribahasa tersebut?Ha..itu yang akan dirungkaikan secara terperinci di sini.

Peribahasa yang bermain-main di fikiran tatkala kejadian itu adalah "Seperti melepaskan batuk di tangga".Mungkinkah peribahasa ini lebih enak namanya jika dipanjangkan sedikit agar menjadi "seperti melepaskan batuk di tangga tatkala mengintai anak dara kilang pulang dari tempat kerja sambil mengunyah pisang goreng panas Cik Semah".Menarik tak??haha..

Seperti melapsakan batuk di tangga.Tergambar di fikiran aku,mungkin maksud sebenar peribasa ini adalah melepaskan batuk di tangga secara tidak bersungguh-sungguh.Pelik juga melepaskan batuk bersungguh-sungguh.Bagaimana itu?adakah sehingga batuk berdarah itu dikatakan melepaskan batuk yang bersungguh2 itu?Semangat ingin tahu yang menebal telah memaksa aku menyelak kamus dewan edisi pertama cetakan terkini lalu mengusha maksud "Batuk" itu sendiri.

Ternyata sangkaan aku mengenai Batuk ini melecet dan meleset sama sekali.Batuk yang dimaksudkan bukan lah bermaksud batuk koh koh koh itu.Batuk membawa maksud bekas tempurung yang digunakan oleh orang-orang kampung dahulu untuk mencedok air dalam tempayan sebelum naik ke atas rumah.Owh,itu pun batuk kah nama nya?aku baharu tahu.

Maka,dapat diuraikan di sini,Melepaskan batuk di tangga membawa maksud melakukan kerja tidak sehingga selesai kerja itu.Mungkin orang dulu sangat membenci tindakan anak dara atau anak bujang mereka yang meletakkan batuk itu hanya di tangga lalu mendatangkan kemarahan kepada orang tua itu lalau peribahasa ini diterbitkan bukan??

Sila jangan ada di kalangan rakan2 di UTeM ini mengubah peribahasa ini menjadi "Seperti melepaskan KENTUT di tangga" pula sudah.Aku yakin,tidaka ada pekerjaan yang paling melegakan di dunia ini selain melepas kan kentut dengan yakin kan?haha..Mahu entry pasal jenis-jenis kentut?Jangan harap.Aku tidak sanggup menulis tentangnya.Kena bertanya pada yang pakar.hehe

Sekian.Aku ingin bermain futsal di malam hari.Sekian.

2 comments:

idatazira said...

clap clap clap.

bangga cikgu isa.

iovantgarde said...

@idatazira

Hahha..aku pon harap begitu..tapi,,,nak plak Cikgu Isa bace blg aku ni..