Sunday, May 3, 2009

::Mode Sedih kali Pertama::

Layan video di atas dahulu ye.Salam ceria dilontarkan kepada pembaca blog ini.Wah,bahasa tak menahan.Haha..hari ini tamat sudah tugas sebagai bakal graduan UTeM.Paper terakhir telah berjaya dijawab dengan jaya aku rasa.Sessi bergambar bersama teman dan rakan berlaku tanpa ada perasaan segan silu.Aksi memanjat Van milik pekerja UTeM telah dinodai tanpa ada perasaan belas kasihan.Mujur kamera yang digunakan adalah milik rakan.Kalau tidak,akan dikongsikan aksi2 luar batasan itu.Tamat mode ceria.Tadi aku ada membaca blog Oh!Tidak.Terkesima dengan salah satu entry kiriman salah sorang pembaca blog ini.Insaf untuk seketika.huhu..

Di sini di kongsikan nukilan untuk renungan bersama.

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja.

“Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak dengar,” kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. “Buku baru ya?” saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.

“Papa sibuk, lain kali boleh tak?” saya memujuk. Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. “Bolehlah Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?.” Rengek Serena enggan mengalah.

“Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?..” “Mama basuh pinggan. Alaaa? bacalah, papa!” Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.

“BUDAK INI?..!!!” Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!” saya jerkah permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu. Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, “Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!”

Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu,seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.

Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya. “Mama dah baca, seronok papa,” kata Serena. Saya mengangguk sambil tersenyum. “Bila papa nak bacakan?” tiba-tiba Serena bertanya. “Mama dah bacakan, okeylah tu!” Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan. “Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya. Saya mengangguk.

Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar. Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan.

Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital. Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya. “Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!” saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat.

“Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, ina sayang mama, Ina tak nak mati!” bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya. Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.

Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.

Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan. Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.

“Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?” kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu.

Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.
Harap-harap diri ini tidak menjadi sebahagian dari cerita ini.Kasihan pada bakal anak aku yang comel sorang tu nanti.Nur Syakirah Maisarah Aleesya Ibtisam bt Mohamad Fikri.Sedap tak??hehe

11 comments:

penguin said...

hwa!!! sdey2..tersangat sdey ni..sgt mnyentuh perasaan..huk3

p/s: pjgnye nama ank..msti nama ibu die pn pjg kn...at least 3words..daa~~

Shepha said...

uih.
tacing.
nasib baik esok sudah mahu pulang ke rumah.
jumpa ibuayah serta adik2.
cuti pnjg...=)

iovantgarde said...

@penguin

ha,,sudah tentu lah name ibunye pun tersangat panjang..huhu..

risau tak epas nak sebut time depan tok kadi je nanti..haha

iovantgarde said...

@sHe pHa

bleh lah bermanja mesra bersama adik2 kamu itu ye..kih3

AwienSyahirah said...

Hello fikri. Thanks for dropping by and give some opinion and info about Utem :) im honored and grateful :) my interest eyh? in medical of course. But you noe, since the only place or chance that i can pursue my studies in medical is to accept the matrix offer. but then, life in matrix is hard aye? that's what most of the ppl s8. especially life in KMM which is damn strict.

ergh! plus in hutan some more. igt da kua dr mrsm lipis xjmpa hutan da. rupa nye dpt utan lagi ;p ntah la. susa tau n decide. ahha tp bukan kalo dr matrix pursue degree in engineering, it;s kinda hrd as they dun teach basic engineering in matrix? how can u cope with that situation??

and yeah, leh x kalo dr matrix kalo tbe2 rse xleyh wat, I kua and go for Utem? thinking of doing that way. tp tatau leyh ke x? but yah. tak paham, cmne yg kalo qualified leyh trus g degree. need more info on that. yhankx fikri

nat said...

2 nama klau ank ppuan lang...klau ank laki aku cdgkan ko mohamad farid huzairi buntey bigfut ayam bin mohd fikri..amacam???

Unknown said...

Wah sudah ada bakal anak kah? hohoho.. sila perhatikan kedaan sekeliling semasa bekerja.. jangan biarkan kehidupan anda di selubingi misteri serena.. :D

iovantgarde said...

@nat

ha..manyak ar ko nye name nat..gabungan name rakan2 yang berhingus tu ko bagi kat aku..h0h0

iovantgarde said...

@k0m4nd3r

haha..bakal tu semestinya ade..subur ni..kih3

Kuwe said...

gr8 video

iovantgarde said...

@Kuwe

touching bile tengok video nih