Hari Jumaat bertarikh 24 April 2009.Peminat bola sepak Kelantan mungkin sudah memulakan perjalanan mereka yang jauh dari Kelantan menuju ke Bukit Jalil.Fanatik jugak semangat kesukanan dalam diri rakyat Malaysia ni kan?Mungkin ini merupakan titik tolak bermula era kebangkitan Bla sepak Malaysia rasanya ditambah lagi dengan perlantikan K.Rajagopal sebagai ketua jurulatih Malaysia sekarang ni.Esok,pertembungan antara buku dan ruas akan bermula.Diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil tepat jam 845 malam.Sekilas pandang,perlawanan ini pada jangkaan aku akan berpihak kepada Kelantan dek kerana kestabilan bahagian tengah dan barisan serangan Kelantan .
Tetapi saingan sengit juga bakal di berikan oleh pasukan Selangor yang mahu memburu kejuaraan kali ke-5 untuk skuad Red Giant.Aku telah melakukan kajian sedikit tentang Piala FA ni.Wah,rajin aku membuat kajian kan.Kalau bab nak mengkaji fenomena pergerakan dalam sesebuah mesin bersempena dengan papaer final aku Selasa depan bukan kah lagi bagus??Pedulik apa kan.Tengah2 ada idea nak berblog ni,luah kan aja.
Pengalaman beraksi di 6 perlawanan akhir sudah tentu mematangkan para pemain Selangor.Tetapi bagi Kelantan,penantian selama 39 tahun tanpa sebarang perlawanan peringkat akhir seharusnya memberikan satu suntikan botox semangat yang membara kepada pasukan yang digelar Red Warrior ini.Pemain yang dijangka akan menarik perhatian adalah antara nya Indra Putra Mahiyuddin,Khalid Jamlus ( kedua-dua pernah menyarung jersi Selang0r)dan Khairol Anuar Baharom (pemain paling tua dalam padang).
Stadium Nasional Bukit jalil akan menjadi seperti tin Sardin apabila dijangkakan seramai 90,000 penyokong akan membanjiri Stadium ini.Harap-harap tiada rusuhan berlaku seperti di Stadium Shah Alam dahulu.Kawalam ketat lebih 1200 anggota FRU yang bertubuh tegap dan sasa yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan terhadap pembuat onar dijangka kan dapat mengawal keadaan agar menjadi terkawal.
Pandangan peribadi aku,aku memang takjub dengan semangat penonton Kelantan dan Selangor.Fan Kedah pon antara aku admire jugak.Apa- pun,waghieh den kek N9 memang superb gak.Lomau time kotinggalan gol yo~~
Apehal plak blog aku ni da jadi macam pengulas sukan eh?Minta maaf kerana aku sekarang seperti berada dalam keadaan bersukan sepanjang masa.0k pe layan Liga Malaysia.Siapa lagi nak skong liga tempatan kalau bukan rang kita sendiri bukan?Nak suruh orang Belgium sokong team perak Jenderata,,,mana mungkin bukan??hehe
Semoga perlawanan berjalan lancar.Tak kisah sape menang atau kalah sebab N9 tetap tak dapat julang Piala FA tu..huhu..
4 comments:
harap2 aku selamat pergi dan pulang esok ke Bukit Jalil..semangat Red Giants nie hoho..
@Lang Legar
Semoga selamat pergi and pulang..jangan sampai muke k masuk bite sebab baling mercun sudah,,hehe..shepha pg gak ke??
semangat yang hilang..
tiket sold out..
member aku tak sempat beli..
@Lang Legar
perghh..bia benar tiket sld out?da mcm final piala FA epl la plak..huhu..takpe2..layan kat tv1 je lah..klu gol ade replay..hehe
Post a Comment