Sunday, April 5, 2009

::Aku dan sebuah enset::

Salam bahagia dan salam terhormat untuk kalian semua.Tahniah kepada Dato' K Dato Najib Abd Razak kerna ngomong2 nya telah dinaikkan pangkat menjawata jawatan PM Malaysia ke-6.Hahah..apakah motif posting aku kali ini?Merepek merapau haram jadah pada awal posting amatlah tidak digalakkan kerana dikhuatiri akan menjengkelkan minat pembaca untuk blog anda.Anda jengkel tak??hehe

Huluran maaf didahulukan sekiranya entri ini skema dari segi penggunaan bahasanya.Bukan salah ibu yang mengandung menyebabkan penulisan aku sebegini rupa tapi salahkan repot Final Year projek aku selama ini yang telah bisa merubah gaya penulisan ala-ala merapu merepek aku selama ini. Satu hari mengadap repot selama 5 jam,sehinggakan hampir naik kematu di bahagian punggung amatlah menyakitkan hati.Tapi demi segulung ijazah,layan kan aje repot tersebut..huhu.

Aku dan henpon.Umum mengetahui aku merupakan peminat tegar Sony Ericsson.bukan aku tak pernah pakai Nokia 3310i,pernah je satu ketika dahulu.Nokia 3310i pernah dirampas warden ketika zaman sekolah kot..huhu..Tapi hati da memang berkenan dengan Sony Ericsson.Kalau lah enset aku ni berjantina,nescaya aku berikan jantina beliau sebagai Wanita dan bernama Taylor Swift.Itu lagi baik bukan dari pada aku namakan beliau dengan nama Joyah Sport watak 3 dara pingitan dalam komik Gila-Gila dahulu??

Sesekali belek punya belek enset aku ni,kedapatan segerombolan nama yang sedikit sebanyak agak pelik bagi aku di dalam senarai phonebook ini.Terasa seperti ingin berkongsi dengan kalian kerana ini mungkin bisa menjadi terapi kepada diri kalian yang sedang stress mungkin..Jom Layan.

Berikut adalah nama yang aku gariskan sebagai lucu apabila disebut.

Afig Ganu : Mamat ni budak t'ganu aku rasa.kenal sewaktu di matrik,duduk depan bilik aku dulu.Sekarang dah lost contact tapi malas nak delete name die ni sebab takut emegency case aku kene kerja kat pelantar minyak kat Tganu,ade member ye tak??hahah

Ajib Popshvan FTMK : Bro ni member Yubiyu aku.Kenal sebab nak beli baju Yubiyu hasil nukilan beliau yang superb.Tergolong sebagai otai DSLR dan aku mendambakan Nikon die tu sebagai barang untuk di lelong satu hari nanti.kompom aku beli..hehe

Alip Tulang : Bekas rakan sekolah aku dulu.Badan beliau tersangatlah kurus sehinggakan aku terpaksa memanggil beliau dengan nama Alip Tulang.Plus,ramai sgt nama Alip dalam enset ni..huhu

Amir K.U Maxis : Budak Keramat.Pernah menjadi ketua kumpulan pertubuhan remaja-remaja Keramat.Kalau leak dengan mamat ni,tak kering gusi sebab ade je point nak ngumpat rakan2 UTeM yang lain.Pernah menggunakan banyak talian rabayar sehinggakan aku terpaksa melabel name beliau dengan Maxis,Celcom dan tidak sekali DiGi.

SAM : Seorang lelaki maskulin yang jauh sej\kali sifatnya dengan nickname yan diberikan.Nama sebenar Mhd Afif Salami (MAS),diterbalikkan menjadi (SAM) oleh golongan senior di sekolah menengah dahulu.Tidak pernah bermain bola sepak untuk sekolah,tetapi bermain futsal sebagai aktiviti riadah.Sekarang tengah buat master kat UTP.Aku jelesh...

MAEL C129 : Paling lama pernah belajar dengan aku.Name sebenar Naim b Ismail.Tapi lebih suke dipanggil Mael.Bajet ikut Barat yang mendahulukan nama bapak lah tu.Cuba bayangkan kalau aku panggil Mael depan bapak die kat rumah.Tak kah aku mendapat penampar jepun free di pipi ini nanti??hahah..Naemail ni belajar ngan aku kat UTeM ni lagi.Single but not available.

KUTKM Buntey : Sampai ke la aku tak tahu mengapa nama Buntey menjadi pilihan.Buntey mungkin singkatan untuk Buntir Guni isi gula pasir tu.Atau pon Buntey adalah untuk Ikan Buntey yang tidak pernah wujud.Takpe,,nanti aku tanya kepada beliau.

KUTKM Porn : Beliau bukan lah pelakon cerita lucah atau pn Porn Star.kalau itu terjadi,sah2 dia akan ditendang keluar oleh Pak Guard Doraemon UteM.Budak Klang yang menurut kata Amir K.U Mxs sebuah perkampungan yang mundur . Kampung Johan Setia.Kampung kah??

Rasid Sungkai: Mamat ni tidak lah ensem mana.Tapi kalau tengok pada prfile Friendster beliau,meter keserupaan beliau dengan rlando Blom mencecah 90%..huh..Sungkai??Tempat asal beliau.AKu pernah sampai Felda Gunung Besaout ni.Nightmare kalau ada sebarang cubaan untuk melawat Sungkai..haha

KUTKM Sunat : Nama dalam Ic sangat lah menarik.alau ada bakat berlakon,kompom meletup berdasarkan nama sahaja.--Khairul Anuar--..Aku letakkan KUTKM Sunat sebab rakan-rakan panggil beliau dengan Pak Nat.Berumur 64 tahun jika diikutkan kalendar Hijrah.Tapi kalau ikut kalendar Masihi,berumur 54 tahun.Jiwa muda,,Sudah berpunya dan setia pada kekasih hati beliau..kih3

KUTKM Wan Penang : Pernah berhutang dengan aku.(ini fakta ke auta?)Berasal dari Penaga,Pulau Penang dan kalau borak dengan mamat ni,loghat Utara tak pernah lekang dari mulut.Pernah ada percubaan untuk berborak menggunakana bahasa luar tapi gagal sikit.Ada nickname yang lain iaitu "Pak Wan Udang~~".Beliau ada banyak profile Social Network dengan tujuan untuk menambah kenalan katanya..

berhenti sekejap..Letih tangan aku menaip dan memerah otak nak kelentong..hahah

Sapentah : Aku tidak pernah mengenali siapa mereka ini.Mana tidaknya..Tatkala aku sedang khusyuk ngadap kuliah,ada sahaja nombor teefon yang tidak pernah aku kenali keluar.Lalu aku save kan terus agar tidak menyesal pada waktu akan datang.

Tamat sehingga sini.Di akhir nukilan ini,paras kepala ku sudah searas dengan papan kekunci komputer aku.Ngantuk sudah..huhu..papai..harap jangan ambil hati ye..

p/s : Apakah nama yang di save untuk Cik H eh??hehe

11 comments:

Anonymous said...

gile dan menjengkelkan.....
cite xde kaitan ngan tajuk dan gambar..sekian...

terima la sedikit kentut dari saye..

idatazira said...

erk.
selekeh betul encik di atas.

penguin said...

entry yg lucu-mucu..
hilg tension..hee
eh cop,ape ye nama yg di save utk cik H? daa..

iovantgarde said...

to sam :
amat kuang asam klu ko kuntut kat page aku..hiang macho blog aku nih..huh

to saida :
mmg agak selekeh ensik Sam ni..tapi apedehal kan..ko da menang rm10 die kot..huhu

to miss penguin :
cik H saye save sebagai "Makcik Salmah hujung simpang"..hahah..k tak??

penguin said...

erk..
alg2 tu knp x save "Nyawa Mkcik Salmah d hjung tnduk" je?? lala~~

Anonymous said...

hahaha..agak2 leh tahan blog kamu nie..buat pengetahuan en alang..mael c129 tue dah xguna nama tue lagi..thn lepas dia pi mahkamah angkat sumpah tuka nama..jadi aiem..macho dan segak namanya seperti orgnya..hahaha

rsd said...

apsal ko xtulis ngan joni dep tu je...lg 3% je nk same tros...hahaha

paknat OIAM said...

weh baca bek2 nama aku kt ats 2...hahaha...aku ishtiharkan nickname baru aku yg lebih komersial berupa "Paknat OIAM" walaupun aku x penah msuk audition 1 in a milion..

razifmustapha said...

pembetulan bro, sy tidak menggunakan nikong, i'm canonians. huhuhuh by the why thank for the credit. lu memang rowk!

wan penang said...

hg gila ka...apa punya bini nih...

huha said...

x boleh dinda..x bleh..time pe%#$d xbleh men..salah d cc agama..