Monday, March 2, 2009

::Review Perlawanan Bola Sepak::

Seperti yang digembar-genburkan sebelum ini,perlawanan bola sepak 11 sebelah melibatkan pasukan dari pelajan tahun 4 UTeM telah berjaya dilangsungkan dengan jaya nya.Seperti yang kelihatan dalam Line up di atas,keptusan memihak kepada pasukan BMCS 2 mengatasi BMCS 1 dengan deposit jaringan 2 gol lebihan.Hahahha..aku gumbira sangat.Akhirnya dapat menutup mulut-mulut pengkritik dan penganalisis sukan Malaysia itu.hehe..
Secara keseluruhannya,perlawanan yang dijalankan adalah seimbang antara kedua-dua belah pihak di mana serangan dihasilkan secara beratali arus tanpa mengenal erti musuh atau sahabat di dalam padang.matlamat untuk menjaringkan sebnayak 20 gol pada separuh masa pertama perlu digapai.tetapi,hanya dapat menghasilkan 4 gol pada separuh masa pertama sahaja.Berpihak kepada pasukan BMCS 2. Pemain BMCS kumpulan 1 kelihatan sangat tertekan ekoran gol2 yang dibolosi adalah akibat tindakan kurang bijak dari barisan pertahanan dan penjaga gol mungkin.Penganugerahan penalti diberikan demi membuktikan ikatan kasih sayang persahabtan yang terjalin di antara mereka,tetapi apkan daya.Dalam bola sepak,kwan boleh menjadi lawan.Gol penalti dijaringkan oleh pemain import BMCS 2 dari Cameroon,Pak Nat Eto'o.
Kedua-dua kapitan bersalaman bagi menunjukkan semangat sepasukanan yang tinggi dan akan mengamalkan sistem permainan yang adil menepati moto dan visi Persatuan Bola Sepak Dunia,FIFA.
Entry ini akan membabitkan ramai gambar.So,kepada penlayar internet yang menggunakan sistem dial up,harap2 lah bersabar ya untuk melihat aksi mereka ini bermain bola di padang besar pula.
Antara muka penghias padang yang telah datang untuk menyaksikan perlawanan persahabtan ini.Sedikit rasa kagum dan bangga dengan gadis2 ini apabila mereka sanggup mengorbankan masa mereka menonton perlawanan yang tidak seberapa ini.Tapi mungkin atas sebab paksaan atau ugutan dari pihak penaja,kehadiran adalah diwajibkan..huhu..
Siapa cakap Rira Rudaini tak boleh tengok bola ketika konflik melanda hubungan rumahtangga mereka?Bukti??nah..Rita rudaini datang untuk memberikan sokongan moral kepada kedua-dua pasukan mungkin.Pemain terasa seperti semangat extra apabila melihat kelibat Rita di luar padang.Hermmm..kalau dikenakan spek mata besar lagi masuk kot kan..hehe..
Himpunan gambar yang tidak seberapa dari kameraman yang tidak bertauliah.Hahaha..Perlawanan yang mengundang seribu pertanyaan kepada mana2 penonton di luar padang terutama adik2 sekolah rendah yang sedang menunggu sifu taekwondo mereka datang..huhu..Untuk apalah perlawanan amal ini di adakan??kelibat pemain berlari2 anak mungkin dapat menggelikan hati adik2 ini.
Aksi di atas ditangkap apabila separuh masa pertama direhatkan.Berbaki 45 minit lagi untuk separuh masa kedua.Untuk rakan2 pembaca wanita,bola sepak memang dimainkan selama 90 minit tahu.Usah ditanya mengapa tidak digenapkan sahaja ke angka 100 minit kerana memang tidak akan ada jawapan untuk soalan tersebut.
Antara muka-muka penjaring gol untuk pasukan pemenang pada hari itu.Aku tidak menjaringkan gol,tetapi sepakan percuma aku telah dijadikan batu loncatan oleh Amir B untuk menjaringkan gol ke -5 pasukan.Kelihatan guru besar sekolah rendah seakan akan kagum dengan teknik sepakan lencong yang telah dipraktikkan oleh aku.Free kick ala-ala Beckham gitu..hahaha..
Pemain tengah kedua-dua pasukan memberikan posse yang istimewa kepada peminat.Seakan rasa tidak puas hati terbit dari hati pemain tengah pasukan ini apabila tidak diberikan perhatian atas sumbangan beliau dek kerana tiada sebarang gol dihasilkan.Peluang untuk menjaringkan gol dari sepakan percuma pula gagal dimanfaatkan oleh barisan penyerang..
Secara kesimpulanya,perlawanan amal ini telah berjaya mencapai sasaran dan objektif permainan.Tiada tumbuk-menumbuk berlaku.keadaan masih lagi terkawal.Selepas perlawanan,pemain kelihatan begitu akrab sehinggakan ada si antara mereka yang ingin bertuka2 jersi sesama mereka seperti mengikut aksi Ronaldo ingin bertukar baju dengan Roman Pavylchenko di EPL..haha..ade ke??
Senarai pendek kronologi dari perlawanan ini adalah seprti berikut:
  • Penjaring gol:Amir B (1),Pak Nat Eto'o (2), Apis (1),Naimael (2)
  • Pihak lawan : Apih Awang (2),AB(1), Mat Amin(1)
  • Kapitan perlawanan: Solah dan Apih Awang
  • Best keeper: Goreng (sepatutnya Hamzah,tapi lewat datang)
  • Best Striker: Alang,Pak Nat
  • Best Defender: Amir B
  • Player of the Match::Amer B!!!
"Saya berasa terharu dengan anugerah permainan terhebat dalam perlawanan ini.Tanpa sokongan dan galakan dari Illy,peminat, saya tidak akan dapat bermain seperti seadanya seperti hari ini.Pok jak memang antara defender yang kental,tapi saya berjaya mengatasi beliau.Alang,,free kick ko memang superb!!Terima kasih semua",Amir B,pemain pertahanan.
"Saya tidak memikirkan apa ketika berlari untuk mendapatkan bola dari pertahanan lawan,Lokos.Apa yang berada di dalam fikiran saya adalah,saya perlu menjaringkan gol untuk membuktikan saya pemain yang terbaik di BMCS ini.Rasa puas juga apabila dapat membuat akrobatik di hadapan gadis2.Sue,saya terrer kan??"Paknat,penyerang BMCS2.

12 comments:

AFIF-SAN said...

cam banyak puji diri serta tokok tambah jek encik alang??

Anonymous said...

Haha.... bagus alang.... ini lah yang aku maksudkan.... banyak muka aku..... haha...WS

ferdinand bmcs 1 said...

alang..rematch r..slack aku xde je hr tu..kalo x,kebolosan mungkin blh dikurangkan..hahaha..

midfielder bmcs 2 said...

alang, ni fitnah.....,aku xpenah ckp pun cm2.....,ko reka dialog...,nk wat promotion blog pun jgn sampai guna nama aku....

idatazira said...

opocot.
tepranjat sy ditenung oleh mata di atas.

sorila.
komen xberkaitan dgn entri.

paknat said...

weh lang!!
x dtg intebiu aku pon tup2 kuar statement je...nasib bek bkn statement aku suka nurul syuhada nurul ain ke hapa ke yg bleh menimbulkan gosip baru dunia bolasepak...muhahaa

razifmustapha said...

ko main pakai spek ke? tak kena rembat bola? pengalaman aku kena rembat bola sampai patah spek, menghantui aku walaupun hampir 10 tahun kejadian itu berlalu. huih!

Anonymous said...

aku sbg captain bmcs 2 amat berpuas hati dgn pencapaian anak2 buah ku. tahniah. formation kite berjaya.file sulit harus disimpan dgn elok. mungkin kite akn lwn BMCT atau team cikgu sekolah.akn aku sbg captain menggabung kedua2 bmcs menjadi 1 yg mantap.haha.tunggu formation terkini dr aku.salamz.

Lang Legar said...

haha macam kolum akhbar kosmo atau harian metro..
kewl2..
aku ske part sisipan gambar dan kenyataan pemain..
bagus2..

~huzaimah~ said...

reti ke maen bola lang?? gaye mcm jadi sub je aku tgk. huhuhu.. waah, sudah bertukar layout nmpk.. huhu

iovantgarde said...

to afif:
kenyataan tu,,tidak ada yang ditkok tambah pon,,hehe

to all rakan bmcs:
Nak rematch ke??tanye kapten aku ar,,aku layan je..MIntak maaf sume,,ayat2 dialog di atas telah direka bagi mnyedapkan blog aku ini..bukan kenyataan betul dari pemilik badan tu pon..hehe

to saida:
KO belum ditenung oleh mata aku lagi kan??haha

to ajib:
ak pkai spek,,tapi aku ikat dgn tali..s tak jatuh..huhu..senang2 pkai kontek je jib..

to lan legar:
dapat ilham dari kosm ar tu..tapi tak berape nak cun plak ayat nye..hehe

to huzaimah:
sekolah dulu aku maen sekolah kot,,ko tak pernah tgk kan??hahaha

pemain tempatan said...

aku 0n jer rematch tp ibarat kata tuan blog,tny kapten dulu la..