Sunday, January 11, 2009

::Pulau Besar Melaka::

Ekspedisi seharian bersama beberapa rakan-rakan anggota kelas telah menjanjikan seribu satu pengalaman dan kenangan yang sukar untuk dikecapi pada masa-masa akan datang.Menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai seorang pelajar sebelum bergelar engineer dengan aktiviti hutan amatlah menyeronokkan.Destinasi yang telah dipilih untuk menghilangkan kekusutan otak,dan ketidakpuasan hati terhadap sesiapa adalah menuju ke Pulau Besar Melaka yang terletak di Anjung Batu.
Blog ini bukanlah merupakan promotion blog untuk mempromosikan serba sedikit mengenai Pulau Besar ini.Maklumat lanjut boleh anda perolehi di laman ini.
Sedikit info mengenai pulau ini dari pandangan mata kasar termasuk mata hati aku adalah,pulau ini sesuai untuk mereka yang meminati aktivit-aktiviti outdoor,jungle trekking,hiking Idan macam2 lagi.Terbuka kepada semua golongan pengunjung termasuk juga untuk mereka yang baru lepas bersalin dah habis pantang.heheh.. Tambang untuk feri ke Pulau Besar dari jeti Anjung Batu adalah Rm14 untuk perjalanan dua hala.Feri yang disediakan bertaraf seadanya dimana boleh memuatkan 44 org penumpang pada satu masa dan ia dilengkapi dengan kemudahan jaket keselamatan,So,for those yang tak tahu berenang macam aku ni,adalah tidak menjadi masalah untuk menikmati kegembiraan ini bersama teman-teman dan taulan sekalian. *feri akan menyelusuri Laut ______ (aku tak pasti apa nama laut tersebut,anda isikan sendiri ya) selama lebih kurang 22 minit dan selama 30 saat diperlukan untuk pemandu tersebut memilih port parking yang baik. Apabila berada di pulau ini,capture the moment syndrome terjadi tanpa dapat dikawal lagi.Rakan-rakan yang mendambakan wajah mereka dimasukkan ke dalam blog ini,bagi membuktikan mereka pernah sampai di sini,(maybe untuk ditunjukkan kepada ehem2 masing-masing,atau pon kepada anak cucu mereka dalam tempoh 30 tahuin akan datang,jika blog ini masih wujud..hahaha). Akan aku kongsikan beberapa keping gambar mereka ini yang alhamdulillah,masih lagi menjaga batasan dan norma kehidupan beragama bangsa Malaysia. Letih,haus,lapar,(makanan agak mahal di atas pulau,itu sudah maklum kan),mengantuk dan rasa terngiang2 sang tilam melambai2 untuk mendodoi..huhu..sayonara~~

12 comments:

Anonymous said...

nak haram...tak ajak...hahaha

Anonymous said...

nak haram... ajak...

maHamdan said...

kencang wei, jalan sana sini.

KembokeciK said...

siot...kepergian yang tak di warwarkan..caitt....

d3v073d_50uL said...

Harrraaamm...

keji siot pegi tak ajak..
camnih ah member~!!!

iovantgarde said...

sabar2 rakan..ini baru testing..aktibiti kelab memancing+kelab karoke BMCS..kih3..next time ar gath lagi..lepak sane satu mlm..owait?

AFIF-SAN said...

woi..citer ko xabis ke hape?
dah smpai climax tibe2 nak tido..
haram betol!!! [alamak, terjoin kwn2 mengeji penulis blog pulak..hehehe]

maHamdan said...

citer terbaru aq dgr, pulau besar tu tempat org buang jin. baek ko cek betul2 lang.

iovantgarde said...

haah..mmg betul pon..dulu ar..tapi tu kawasn belakang die..depan die,so far so good lagi ar..insyallah zamm..ko boleh berbokeh2 di situ..hehe

razifmustapha said...

mcm best je pulak pulau ni, aku tak pernah tau pun ada pulau ni. hakhak

iovantgarde said...

best gak jib..klu nak campfire sedang elok ar pulau ni..superb ..nice view..camera ko boleh beraksi pelbagai sudut dan angle..hehe

jacker said...

After reading the information, I may have different views, but I do think this is good BLOG!
runescape powerleveling