Wednesday, December 31, 2008

::Being Tag Again::

~klik pada gambar untuk tumbesaran melampau~


Tag??!!Arghh..perkara yang paling payah untuk dilakukan,lebih-lebih lagi apabila ia memerlukakan sekelumit kejujuran dari dalam hati untuk sedaya upaya menjawab dan merungkai segala macam bentuk persoalan yang di sertakan.Tag kali ini dikirim khas oleh Cik Afif.

**************

Syarat dan peraturan:

Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 9 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.

Silalah hasut 9 orang lain untuk melakukan perkara ini.
Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.

Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.


Fakta tentang diriku
  • Nama gelaran Alang telah diterimapakai sejak sekolah menengah lagi (ketika alam persekolahan),diiktiraf "Alang" oleh emak tercinta apabila mendapat tahu aku bakal mendapat adik perempuan pada tahun 1992 nanti.Ketika itu mungkin tahun 1991.
  • Nama Alang juga digunakan pada zaman Matrik,zaman Belajar University dan zaman Praktikal aku dahulu.Tedapat juga usaha untuk memnaggil aku dengan nama Orlando Bloom (mungkin kerna rupa aku ada iras2 beliau kot),tetapi berjaya ditepis.
  • Nama Alang merupakan nama timbangtara atau pon kata ganti nama diriku apabila berkomunikasi bersama gadis-gadis di luar sana.Macho bukan?
  • Nama Alang juga ada digunakan dalam peribahasa melayu
    "Alang-alang menyeluk pekasam,Biar sampai ke pangkal lengan,maka jangan lah engkau menyeluk ke dalam poket seluar Alang ketika ini dengan harapan untuk mendapat duit,kerana poket Alang ketika ini hanya terdapat habuk yang bakal beterbangan"
Perangai tidak senonoh yang pernah dilakukan
(aku mengambil masa yang lama untuk mengimbau kembali zaman2 jahiliah aku dahulu)
  • Pernah dituduh mencuri guli anak Cik Biah satu ketika dahulu(sekitar tahun 1994).Akibatnya,aku dipukul oleh emak tercinta di bahagian punggung menggunakan senduk nasi.Mujur senduk nasi tersebut sudah dibuang ketika perpindahan rumah berlaku.Tapi aku tak pernah mencuri pon,aku pinjam je guli tersebut.
  • Memandu sambil memakai cermin mata.Adakah ini tidak senonoh?tidak bukan,kerana aku sememangnya rabun apabila waktu mencecah jam 4.30ptg dan ke atas.
  • Zaman tadika dulu,aku terpilih untuk menyertai persembahan choir Tadika.Menyanyikan lagu berkaitan haiwan sambil mengenakan topeng haiwan tersebut.Aku mendapat watak burung Kedidi rasanya.Ketika nyanyian,suara aku sedikit off key,terguna key yang tinggi ketika itu.Akibatnya,sijil tadika aku terpaksa ditahan,dan tidak disampaikan ketika majlis penyampaian,sebaliknya hanya diserahkan di belakang tabir.Mujur emak aku tidak dipulaukan oleh peneroka Felda akibat ketidakmerduan suara aku.
Hala tuju Hidup Anda
  • Berusaha untuk menuju ke jalan yang lurus.
  • Bercita-cita untuk memiliki sebuah kehidupan yang tenang,aman,bebas dari asap rokok dan asap sampah yang dibakar oleh jiran sebelah.
  • Menuju ke Seremban dan Venice,Italy setiap kali ada masa terluang dengan menaiki kereta idaman.Kereta masih tiada dalam simpanan peribadi.Wajib untuk mengumpul duit dahulu.huhu..

Aku mahu Tag mereka yang suka menge"tag" aku dengan sesuka hati..hamek..hadiah tahun baru dari aku.

p/s: Entry bulan December merupakan paling sedikit koleksinya kerana aku bercuti,internet pon bercuti.

3 comments:

Anonymous said...

http://www.mir.com.my/rb/photography/ftz/index.php

kat sini la aku jmpa bini aku tu.. pandai carik pandai tawar dapat la sebijik yang btol2 berbaloi

Itu pun kalau ko nak 2nd hand la.. Kalo nak baru pegi kedai sudey

hahaha

Anonymous said...

ade satu lagi...
"ALANGkah bahagianye hidup ALANG sekarang..."
boleh gak kan?

ps: misz farie anak bongsu tapi panggil aLang gak...

Anonymous said...

miss farie tidak mengikut susur galur pangkat yang sebenar kot..tapi takpe,,golongan Alang ni sentiasa cumel kot org nye..ahkas!!