Ya....slip exam dikeluarkan..Sebelum terlupa akibat kelekaan melkukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah kepada diri penulis,sebelum hanyut dengan godaan YM version 9.0 nanti,eloklah kiranya berkongsi dengan anda semua tarikh-tarikh keramat bagi bebudak UTeM BMCS tahun4 utem ni..
~~slip exam ke-7 milik penulis~~
Tarikh keramat yang bakal membuatkan segelintir pelajar tak menang tangan nak pulun satu subjek dari bab awal pengkuliahan sampai akhir,kemingkinan wujud sentimen dan sindrom makan tak lalu,mandi tak basah akibat ketidaksediaan menghadapi final exam dan pelbagai sindrom lain lain yang tidak sanggup dinyatakan penulis ekoran melampaui batasan norma kehidupan manusia biasa..haha..
- 06/11/08 - Analisis Kegagalan Hidupku~~NDT
- 09/11/08 - Sistem Pembuatan-bukan Sistem pembiakan Manusia
- 12/11/08 - Pengukuran Instrumentasi En Safarudin~~
- 14/11/08 - Triboslogos EStrada
- 20/11/08 - Pengurusan Projek Mega bernilai 400B!!!
- 23/11/08 - Agenda masih dalam perancangan..Still available date..hehe
p/s: Selamat berjaya rakan2..kalau ada hints2 yang dapat dari sumber yang boleh dipercayai,diyakini ketulusan dan kesucian hint tersebut,dan penyampai hint tergolong dari golongan mereka yang tidak meninggalkan solat tanpa sengaja,mahupun tidak pernah melakukan onar di mana2 rumah sewa pelajar BMCS,dialu2kan untuk berkongsi untuk manfaat bersama..heheh
1 comment:
blah la dak tribon...bdak fem plg hot dlm bmcs!!
Post a Comment