Showing posts with label yubiyu. Show all posts
Showing posts with label yubiyu. Show all posts

Sunday, November 16, 2008

::Yubiyu Call up-Well done!!::


Sessi pengumpulan ahli-ahli blogger UTeM oleh YUBIYU telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada pandangan aku,merangkap ahli yang mungkin freshie dikalangan mereka ini.Credit to Mr Popshovans kerana telah dengan rasa rendah dirinya telah berjaya merperkotak-katikkan para yubiyu sekalian,dengan memancing Liyana Jasmay turut bersama dalam sessi photogedik petang di Sabtu.Tak dapat tengok Liyana Jasmay live,tapi dapat tengok celup pon jadi ar.haha..

Sessi fotogediks bertempat di Taman Botani Melaka dan kawasan-kawasan sekitar yang berbatu-batan;sesuai untuk aktiviti lompatan maksima sambil meng'shoot' gambar. Senjata Popshovans dan sahabatnya,Meijot sangat-sangatlah berjasa pada petang ini ekoran kewudan kamera-kamera picisan termasuk kamera aku yang gagal untuk menghasilkan angle tangkapan yang menarik dan boleh dijadikan kenangan abadi sepanjang malam.Ekoran kepicisan kamera aku,maka hanya beberapa keping gambar sahaja telah dishoot dan boleh dikongsi bersama sebagai tatapan umum.

Kepada yang tidak kenal,selama ini hanya bersembang melalui Ym dan komentar serta membuat onar di blog para yubiyu yang lain,maka,hari ini,saling berdepan,saling bergandingan bahu melompat,dapat meluahkan apa yang tidak puas hati,kenapa tshirt dapat lambat,kenapa itu,kenapa ini,selesai..Salam perkenalan dari aku,fikriworld-alang kepada semua YUBIYU sekalian..heheh

~Diriku makan Mc Chicken tanpa mengajak orang lain..hahah~
~Warga Yubiyu seakan2 segan pada awalnya~

~Pendi menunjukkan aksi taring sebenar-pantang jumpa sebarang unsur lompatan~

~Popshovans (mane Liyana Jasmay ko??) sebagai pengelola sessi fotogediks~

~Kanak-kanak dewasa beraksi comel~

~Sekali lagi,Pendi cuba membuat onar~

~"Kumpulan" (sepatutnya Band kan) Wishbone a.k.a Al-Mawaddah~

~Ajib,ko berani untuk melakukan aksi seterusnya?~

~Sila abaikan eksperesi wajah setaip mereka~

~Liyana Jasmay yang dijanjikan~

~Cuba untuk memarketkan diri anda~

~Ana berusaha untuk memasukkan dirinya ke dalam kawasan sempit~

~Shepha dan Lanlegar(bukan namas sebenar) beraksi ala2 kaple~~D only bunga yang paling banyak gambar pada petang sabtu ini~

Di akhir sessi,kesemua yubiyu bermandikan peluh,bertemankan haruman kereta lembu,berjalan menuju ke pangkalan masing-masing.Hari ini,hari sabtu,hari di mana Taman Botani tidak dapat melupakan kunjungan para Yubiyu ini.Pertemuan akan datang akan dirancang lagi,bersama tshirt yang lain lagi dan semoga mendapat lebih ramai participant.Baru model2 variety sikit.haha

Lagi gambar YUBIYU boleh diperoleh di sini dan di sini.