Showing posts with label ang pow. Show all posts
Showing posts with label ang pow. Show all posts

Monday, September 8, 2008

::Duit!!Money!!!Fulus mania!!!::


Suata petang Ramadhan yang lesu..Aku tengah berehat selepas dihantui oleh PSM yang mengganas sejak akhir nie..tekanan betul..Kenapalah mesti diwujudkan subjek PSM ni??Buat lah kelas Memancing ke,kelas Karoke ke..kan ke lagi bermanfaat..lagi berguna untuk masa hadapan,,huhu..


Saat dan ketika rakan rumah ak ada yang tgh tidur,tergolek depan pintu menunggu fajar pulang ke pangkal jalan untuk memberi peluang kepada mereka berbuka puasa,ada yang sibuk bermain Game kat Pc..ntah ape name game tu pon aku tak tahu,,nampak macam best je aku tengok..aku tak tahu nak post pasal ape..ha..Melihat pada tajuk ni,suspen tak?YA!!mari berkongsi cerita pasal duit..



Takde duit,tak semua benda jadi best.Takde duit,maka takdelah baju raya aku tahun ni..ahhaha..Mengambil satu langkah yang bijak,aku telah menabung sejak tahun 2 ak masuk UTeM ni..Menabung dalam gobok pakaian aku,,hahah..menarik tak?




Sedar tak sedar,malam semalam aku g gatal tangan kire duit,,sebab tak tahu nak buat apa lagi sebelum gerak g sahur..so,aku pon kira collection duit aku tu..makaih..terkezut gak ar..mengalahkan kezutan AF..jumlah nya korang estimate sendiri je lah melalui gambar yang ak sertakan nie..hehe..boleh tak nak bagi kek bebudak time ghayo nanti?

"Kayo Pak Cik!!Buleh boli Myvi nie.."



Moral of the story,menabunglah sotat dari sekarang,,kang kok nyosa kendian haghi kang susah plak!!hahah..sekian..chaw dulu..nak g bazar..



Kepada pengumpul siling Umah Garuda,ada beran tak nak challenge kutipan ak ni??hahha..ak bongkak!!





p/s: Buntey,,klu nak tuka duit syiling 5posen bulat ak tu dengan not 100 ko pon,ak takkan bagi,,gile ko..tu ibarat nyawa ak tu duit 5posen bulat,,hehe..g tuka kat bank atau pon MakCik RSU..